Saturday, November 28, 2015

Entah

Assalamualaikum wbt

Lokasi : Chez Moi
Waktu : 8:48
Hari : sabtu
Aktiviti : #np Jimmy - Cats On Trees, Calogero

Tiba-tiba rasa nak menulis.
Sebenarnya dah lama dah rasa benda ni. Tapi tak tahu nak tulis pasal apa.
Ni tengah taip ni pun masih tengah pikir lagi nak tulis pasal apa.

Hmmm...
.
..
...
Cakap pasal apa ha?
...
..
.
Btw, lagu yang aku tengah play ni best. Try lah dengar ;)
.
..
...
Cakap pasal aku jelah sekarang ni camna ea.
Nak tahu, teruskan baca. tanak tahu, pi blog lain.
I'm okay. I don't mind.


Sekarang ni aku tengah sem 3.
Sem paling mencabar dlm banyak2 sem.
Aku punya markah exam pun biasa2 saja. Takda tinggi mana, takda rendah mana.
Stress bohhh. Penat. Rasa nak pecah kepala otak ni.
Masuk kelas nak belajar tak faham pulak :(
Terpaksa teruskan tak faham tu T.T

Sekarang ni pun aku tengah cari kerja untuk internship.
Untuk pertama kalinya buat internship ni. Takut boh
*kecoh ah lu mat. orang lain semua dah buat lama dah. LAME!!! BOOOOO!!!!
Hmm nak buat camne. Budak baru nak up kan
Tapi sekurang-kurangnya, kat luar negara beb aku nya internship. kau hadooo? *hidung tinggi*
*elleh. poyo 
Haha. Takde lah. Ni lah nak bagitahu ni. Tak tahu lah ni rezeki ke ujian kan.
Buat internship kat tempat orang, negara orang. Pakai bahasa diorang lagi.
Kat sini, aku amik dua2 lah.
Rezeki dan ujian sebab tak semua orang dapat opportunity sebegini rupa. Amboiii! Dan tak semua juga diuji macam ni. Mungkin ujian anda semua lebih berat atau mungkin lebih ringan dari ana punya ujian. Akan tetapi, walaupun ujian kita berbeza, ingatlah bahawa :
"Allah does not burden any human being with more than he is well able to bear." 286, al-Baqarah
Dalam masa yang sama jugak. aku tengah pikir nak bercuti ke mana hujung tahun ni.
Hmmm Ada pilihan, tiket kapal terbang mahal pulak. Nak pergi tempat lain yang murah, tak minat pulak. Hmm entahlah nakkk.

Itu jelah kot setakat ni. Malas cakap banyak. just nak post something je sebab dah lama tak post.
Kalau ada yang baca ni, tolong doa-doakan saya dapat internship kat sini ye. Sebab tengah mencari lagi ni. Ok lah. aku akhiri entri kali ni dengan sepotong hadis yang ditujukan lebih untuk diri sendiri.
"Lihatlah orang yang lebih bawah dari kamu, jangan melihat orang yang lebih tinggi dari  kamu. Kerana dengan demikian kamu tidak akan lupa segala nikmat Allah kepada kamu" Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Bersyukurlah dengan apa yang ada Mohd Najib! tak habis-habis jealous tengok orang yang dapat nikmat lebih daripada kau. Sudah-sudahlah tu nakkk.

Ok lah. Have a nice day semua. Assalamualaikum wbt.

No comments: