Tuesday, February 10, 2015

Hati

HATI CŒUR KOLBUN

Semua di atas ialah satu benda yang sama
cuma berbeza pada ejaannya dari segi bahasa

Begitulah juga dengan sifatnya.
Berbeza mengikut orang yang menjaganya.

Bukan senang nak menjaga hati ni.
Walaupun diri sendiri punya.
Inikan pula nak jaga hati orang lain?

Hati ibu
hati ayah
hati abang
hati kakak
hati adik
hati kawan
hati kekasih
hati orang awam?

Imam Ghazali pernah bertanya kepada murid-muridnya,
"Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?"
Semua anak murid beliau menjawab pedang dengan serentak
Akan tetapi, bukan itulah jawapan yang paling tepat
kerana apa yang paling tajam sekali di dunia ini ialah LIDAH MANUSIA.

Dengan lidah yang kita ada inilah boleh melukakan HATI dan perasaan saudaranya sendiri.

Semoga kita dapat menjaga hati semua orang yang kita sayang dengan tidak melukakan hati mereka.
InsyaAllah.
Semoga bermanfaat. Pesanan untuk diri sendiri juga.
And deep from my heart, saya nak minta maaf kepada sesiapa sahaja yang saya pernah lukakan hatinya sama ada secara sengaja atau tidak. Terutamanya awak. Ye awak! Yang tengah baca ni
Assalamualaikum