Saturday, January 10, 2015

Winter Break

Assalamualaikum wbt.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, aku telah bercuti di London sejak minggu lepas.
Memandangkan dah lama sangat aku tak berceghita kat blog aku ni, so, nak ceghita sikit lah.
Boleh ea?
*bulehhh yooo

23/12/2014
Aku bertolak pada jam 9.30 malam dari Nice ke London yang mengambil masa selama lebih kurang 2 jam bersama Zaki.
Ditakdirkan, kami berdua ditemani oleh Hakim iaitu senior kami yang ingin menuju ke destinasi yang sama pada waktu yang sama.
Nak dipendekkan cerita, setibanya kami di London, kami memang takde tempat tinggal.
So, tidur jelah di airport Gatwick, London.
Sejujurnya aku tak boleh tidur pada waktu itu kerana tiada keselesaan untuk tidur di situ.
Aku hanya tidur sejam sahaja.
Lain, online jelah aku sepanjang masa sambil bermesej-mesej.
Yang lagi dua orang tu, macam nilah. lentok habis

TUDDDIAAAA!!!



24/12/2014
Pukul 6, gerak ke Malaysia Hall untuk breakfast.
Tambahan pula, *amboiii Hakim nak check in kat situ.
So, ikut jelah sementara tiada plan dan sementara tunggu kawan2 lain sampai.
Perjalanan sangat smooth, thanks to Hakim, sebab dia yang bawa kitorang berdua naik underground semua.
Di sana, kami solat subuh dan breakfast nasi lemak ayam.
PERGHHHH!!! biasa je actually. Boleh je buat kat rumah.
Cuma, nak rase jelah. Not bad lah harga dia.
Mahal gak lah sebenarnya. Sedap hati je tadi tu :(
Haha

After we had breakfast, we went to one of the park nearby.
VoilĂ 

Morning!

It's cool isn't it?
And yeahhhh! it's freaking cold right there!
Malas lah speaking. haha
Kitorang jalan2 satu taman tu sambil menghirup udara segar sehingga terjumpa satu tasik yang dipenuhi dengan pelbagai jenis burung.
Kemudian, kami pun pulang ke Malaysia hall semula untuk lunch.
Lauk2 yang aku makan at that time were sambal udang petai and terung masak sambal.
Perghhhh lama gila tak makan sambal petai. Mana nak dapat kat France.

Setelah selesai makan, kitorang pun mesej lah kawan2 yang lain untuk jumpa sebab nak check in kat rumah yang telah disewa oleh Hazlami.
Tetapi, diorang masih tak sampai2 lagi.
So, we decided to go to another park named Hyde Park.
Kat sana, ada Winter Wonderland. Kitorang pun jalan2 je lah kat situ.
Jauh gak sebenarnya kitorang jalan kaki.
Tapi, tulah orang kata "jauh perjalanan luas pemandangan"

Habis meronda-ronda di situ, tibalah masanya untuk kami berkumpul semula dengan rakan-rakan yang lain.
Kami pun pulang ke Malaysia Hall semula untuk dapatkan akses internet supaya dapat berkomunikasi dengan rakan yang lain. 
Setelah berbincang, kami pun berjumpa di kediaman yang di sewa.
Malam itu, kami sekali lagi pergi ke Winter Wonderland untuk bermain permainan extreme macam kat funfair tu.
Tapi, aku tak main lah. Saving :)
Seriously, aku penat gila time tu. Mana tak nya. Baru dapat tidur sejam kot. 
Ingatkan nak rehat je lepas sampai rumah sewa tadi.
Tapi, tulah. Nama pun bercuti. Kalau stay kat rumah je, baik tak payah.
Malam pun berlalu dengan pantas. Kami pulang ke rumah. 

25/12/2014
HARI NATAL!

Maka semua orang pun cuti.
Tiada kedai yang dibuka, tiada transport yang disediakan pada hari ini.
Nak pergi mana-mana pun, kena berjalan kaki berbatu-batu.
Tapi, tak boleh nak buat apa. Tengah vacation mode, layan jelah.
Pagi tu, kitorang pergi ke Stamford Bridge yang terletak berdekatan dengan rumah sewa kami.
Dekat-dekat pun, jauh gak lah berjalan. Dengan tak breakfast lagi.
Dalam perjalanan tu, kitorang singgah lah satu kedai runcit ni untuk beli sesuatu alas perut.
Nasib baik ade jumpa kedai yang buka.
Then, sampailah kitorang kat sini.



Selepas itu, kami pun tak tahu nak pergi mana dah.
Nak pergi Emirates, jauh pulak untuk berjalan.
Then, decide lah nak jalan-jalan kat Hyde Park.
Tapi, kali ini, kitorang pergi sana dengan menaiki basikal sebab masing-masing dah tak larat nak jalan.
Merempitlah kami pusing London masa tu.


Rempit di London
Selepas, pusing-pusing naik basikal lepak kat taman tu, perut semua orang meragam.
Mencari makanan untuk dijamu sebagai hidangan tengah hari.
Maka, datanglah idea dari salah seorang dari kami, Aiman, untuk makan di kedai Malaysia.
Kedai tersebut bernama Tukdin.
Setibanya kami di situ, kami terpaksa menunggu di luar kedai tersebut sebab terlalu ramai orang di dalam. Tiada tempat untuk kami makan.
Dalam 10 minit, kami masuk dan terus duduk untuk ambil order.
Aku, ye aku, order nasi kandaq sebab  ade seseorang ni pernah cerita pasal nasi kandaq dengan aku.
So, teringinlah nak makan.
tadaaaaaa!!!!



Makanan dia memang terbaik. Cengginiiiiii!!!
Tapi, bagi aku, makanan ni terlalu mahal(12£).
Kalau kat Malaysia ni, mahu dapat 5 atau 6 nasi kandaq ni.

Lepas je makan ni, kitorang pun pulang ke kediaman kitorang.
Rehatlah untuk hari esoknya yang ditunggu-tunggu oleh semua orang boleh saya katakan. Haha
Apa yang ada esoknya? 
Anda tertanya-tanya bukan? 
Sambunglah baca lagi kalau mahu.

26-12-2014
Ha! Inilah hari yang aku katekan td. 
BOXING DAY!
Untuk pengetahuan orang yang tak tahu, boxing day ni ialah hari di mana kebanyakan barang di pasaran turun harga. 
Ade SALE lah senang cerita. 
Rata-rata manusia yang pergi London time waktu-waktu camni suka shopping. 

Pagi tu, lepas subuh kitorang dah gerak pergi ke Oxford Street.
Di situlah terletaknya kedai-kedai yang berjenama seperti Zara, Topman, Nike dan macam-macam lagi yang anda mahukan.

Tetapi pagi tu, aku tiada passion nak shopping. Tak tahulah kenapa. 
Aku masuk kedai, tengok-tengok.
Then, keluar kedai tanpa membeli apa.
Tapi, ade jugak lah beli something.
Nak cerita kat korang, kat jalan tu, memang penuhlah orang.
Tetapi, yang menariknya di sini, MALAYSIANS ARE EVERYWHERE
Kau jalan sikit je jumpa. Sikit je jumpa.
Kuat shopping orang Malaysia ni. Haha

So, ni lah pengalaman pertama aku pergi boxing day. 
InsyaAllah nanti pergi lagi.
Habis shopping makan semua, kitorang pun regroup lah balik.
Memang kitorang dah decide pukul 2 jumpa kat Tower Bridge
Dan inilah jambatan yang dimaksudkan.

Tower Bridge


By the way, ini bukan London Bridge. Takut orang keliru je. 
Kat sini, kat mana-mana lah senang cerita, kalau korang jumpa orang berjudi tengah main teka-teka bola kat dalam cawan mana, korang janganlah main sekali. 
Kalau korang perasan, yang main nanti semua orang sama dari awal sampai habis.
Itu semua kawan-kawan diorang yang nak tarik perhatian orang lain supaya main. 
So, tak payah lah gatal tangan nak main.
Lebih-lebih lagi, islam kan melarang umatnya berjudi. 

Then, kitorang pun solat berjemaah lah kat sini secara terbuka. 
Sebab masa solat pun nak habis dah time tu. 
Banggalah kamu menjadi seorang muslim wahai pembaca-pembaca sekalian.
Habis solat, bergambar semua, kami pun bertolak ke kawasan di mana terletaknya bangunan jam yang terkenal tu iaitu Big Ben.
On the way nak pergi situ, memang lalu lah The London Eye.
Snap lah beberapa gambar di situ dan Big Ben.

The London Eye

Big Ben 

Tapi, yang tak bestnya, time tu hujan. 
So, gambar macam tak lawa sangatlah.
Kemudian, kitorang pun pergilah ke Trafalgar Square yang terletak tidak jauh dari Big Ben.
Habis bergambar semua, *memang kerja nak bergambar je. Pelancong kan? kitorang pun lapar. Maka, semua ingin makan KFC. Sebab sini je ade halal. France nye tak halal.
Dah jumpa, pergilah sana untuk memuaskan nafsu masing-masing.
Agak lama jugaklah tak makan KFC. Lebih setengah tahun kot.
Habis je makan, kami pulang ke kediaman kami. 
*Sekejap kami sekejap kitorang. Haha.

Balik-balik rumah, aku terus siap-siap semua sebab aku nak pergi Manchester
Tapi kali ini, aku pergi seorang diri.
Yang lain semua tak jadi pergi. 
Tapi takpelah. Aku tak kisah.
Malam tu, bas aku pukul 12.30. 
So, pukul 10 aku dah keluar rumah pergi ke station bas seorang diri. Diulang sekali lagi. Seorang diri.
*kesah? 
Cuaca malam memang sejuk.
Aku sampai station bas dalam pukul 11 camtu.
Sementara tunggu, aku tidurlah situ dulu. 
Yang terkejutnya, aku sedar-sedar dah pukul 12.24. Terkejut gila aku.
Nasib baik tersedar. Kalau tak, terlepas lah bas. Melayang duit aku :(
Bas tu transit kat Birmingham.

Nak diceritakan, ade seorang pemuda ni muka macam malaysian tau. 
Awal-awal tu aku takdelah tegur. Kerek kan? Haha
Dia macam nak tegur aku. Sebab dari awal aku naik bas tu, dia macam senyum-senyum kat aku. Aku senyum balik jelah. 
So, nak menunjukkan betapa ramahnya orang malaysia ni, aku tegurlah dia setibanya di Manchester.
Aku tanyalah, "Belajar sini ke?
Dia balaslah, "Sorry?
Aku kat situ dah macam, perghhh bukan malaysian ke. Haha. Malu seyhhh. 
Aku pun dah tak tahu nak cakap apa, aku translate jelah yg tadi tu. 
Haha
Tulah nak ramah sangat.
Tapi baguslah aku tegur.
Allah dah kata, janganlah kamu jalan dengan sombong di muka bumi Allah ini.
Mungkin ada hikmah apa yang berlaku ni. 

27/12/2014-28/12/2014

Untuk dua hari ini, korang boleh baca kat sini. CLICK HERE!

Nak promote sikitlah VSCOcam nye account ni :P

29/12/2014
Bermulalah perjalanan aku pulang ke London semula.
Aku bertolak dari Manchester pada pukul 12 pagi dengan menaiki bas.
Yang aku tak suka kat bas ni, setiap setengah jam berhenti. Pastu berhenti setengah jam.
Perghhh, buang masa gila. Sakit pulak hati aku. 
Tapi takpelah kan. Mungkin diorang penat drive pepagi. 
Sebelum sampai London, highway jam gila. Bas tak bergerak. Berada di tempat yang sama dalam setengah jam lebih kurang. 
Hatiku tertanya-tanya, ada accident ke depan ni. 
Kemudian terdengarlah siren kereta polis
Sesudah polis tiba, lalu lintas kembali lancar.
Dan betullah memang ada accident antara dua kereta. Kemek kot kereta tu.
First time tengok ade accident kat luar negara. Susah betul nak dapat tengok ni.
Bukanlah meminta.
Tapi, dibandingkan dengan Malaysia, selalu kot accident2 ni. Nauzubillahiminzalik.
Then, sampai lah aku di London.
Sementara tunggu kawan-kawan yang lain sampai, aku lepaklah di kedai kafe.
Sebab lepasni kitorang akan pulang ke Nice semula. 
Maka berakhirlah percutian kami di London pada pukul 1.30 petang.

-----------------------------------------------------------------

Jadi, begitulah percutianku buat kali ini.
Aku rasa, aku akan pergi London lagi sebab banyak sangat aku tak pergi lagi.
Yang best kat London ni, transport dia.
Sebab akan ada je train or bullet dalm 2-3 minit. Bagus sistem dia. 
So, kepada sesiapa yang teringin menjejakkan kaki di sini, kumpul lah duit.
Sekian terima kasih.
Assalamualaikum.