Monday, December 22, 2014

Pengembaraan bermula

Assalamualaikum wbt.

Lokasi : Rumah Rue Gounod
Waktu : 12.28
Hari : Isnin
Aktiviti : #np Lawa Nie Geng - Pasar Malam

Bulan 12 telah tiba. cuti sedang berlalu.
Kelmarin ke Aix en Provence. Harini ke Monaco.Esok ke London.
Pagi tadi, dikenakan dengan nasi lemak.
So, hipotesis yang boleh dibuat ialah :
"Semakin meningkat kuantiti nasi lemak yang masuk ke dalam mulut, semakin meningkat tahap mengantuk seseorang itu"
Jadi, terpaksalah batalkan ekspidisi ke Monaco untuk harini.
*ngantuk toqqq

Cuti dah menjelma. kebiasaannya, aku akan travel bersama-sama rakan-rakanku yang lain untuk meneroka bumi Allah ini. Aku bersyukur sangat kerana diberikan satu nikmat dimana aku boleh travel di benua eropah ini dengan cukup mudah. Alhamdulillah.
Lebih-lebih lagi, Islam pun ade menggalakkan umatnya untuk mengembara.
Seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Mulk ayat 15.
"DIAlah yang menjadikan bumi bagi kamu  mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya,serta makanlah daripada rezeki yang dikurniakan ALLAH; dan kepada ALLAH jualah(kamu) dibangkitkan hidup semula."

Nak dijadikan cerita, esok bermulalah pengembaraan aku ke United Kingdom untuk pertama kalinya.
Alhamdulillah rezeki aku untuk pergi ke sana buat kali ini.
Mungkin lain hari, rezeki anda semua pula wahai pembaca2 sekalian.

Semoga pengembaraan ini diberkati oleh Allah dan tiada apa-apa masalah yang berlaku.
*amiiin~

Itu sahaja untuk kali ini. Nak letak gambar2 facetime ni je sebenarnya. Sebab rindu sangat2

nabil

nasuha


Yang lain tak sempat nak screenshot :'(
Sekian, assalamualaikum

No comments: