Thursday, August 28, 2014

Tuntutlah ilmu

assalamualaikum wbt.

Lokasi : Cité Jean Médecin,Nice
Waktu : 1.04
Hari : Khamis
Aktiviti : #np Only love can hurt like this - Paloma Faith

pada waktu tengah hari yang agak panas ini,
bersama rakan sekelasku, Zaki, di dalam bilikku yang sedang bermain PS4 ku berkombinasi dengan TV 48inch nya,
terdetik hatiku ini untuk update blog ku yang telah lama tidak ku login.

Syukur ALHAMDULILLAH ke hadrat ilahi kerana masih dipanjangkan umur untuk hidup di bumi Allah ini dan masih dikurniakan dua nikmat yang sangat besar, nikmat islam dan iman.
Aku kini seorang pemuda 20-an yang berada jauh di mata orang-orang yang tersayang kerana terpaksa menyambung pelajaranku di perantauan dengan harapan dapat menggembirakan hati mereka selalu.
Minggu depan bermulalah cabaran dan pengembaraan aku sebagai seorang pelajar universiti di IUT Nice Sophia Antipolis. 

Honnêtement, aku takut berhadapan dengan cabaran ini kerana telah banyak aku lupa apa yang telah dipelajari selama ini. Betul lah pepatah arab ade menyebut "Penyakit ilmu ialah lupa".
Oleh itu, saya berpesan kepada semua sekali dan diri saya sendiri, beramal lah sentisa dengan ilmu.
Kerana ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah. Sia-sia sajalah kita tanam pokok durian, tetapi sampai ke sudah tidak berbuah. 
De plus, ilmu memantapkan iman (motto SBPIJ).

Sampai di sini sajalah untuk kali ini. bertemu lagi kita untuk entri yang akan datang. 
Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua. 

Surah Al-Mujadalah ayat 11

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ

"Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat"

Sekian, assalamualaikum.