Monday, December 22, 2014

Pengembaraan bermula

Assalamualaikum wbt.

Lokasi : Rumah Rue Gounod
Waktu : 12.28
Hari : Isnin
Aktiviti : #np Lawa Nie Geng - Pasar Malam

Bulan 12 telah tiba. cuti sedang berlalu.
Kelmarin ke Aix en Provence. Harini ke Monaco.Esok ke London.
Pagi tadi, dikenakan dengan nasi lemak.
So, hipotesis yang boleh dibuat ialah :
"Semakin meningkat kuantiti nasi lemak yang masuk ke dalam mulut, semakin meningkat tahap mengantuk seseorang itu"
Jadi, terpaksalah batalkan ekspidisi ke Monaco untuk harini.
*ngantuk toqqq

Cuti dah menjelma. kebiasaannya, aku akan travel bersama-sama rakan-rakanku yang lain untuk meneroka bumi Allah ini. Aku bersyukur sangat kerana diberikan satu nikmat dimana aku boleh travel di benua eropah ini dengan cukup mudah. Alhamdulillah.
Lebih-lebih lagi, Islam pun ade menggalakkan umatnya untuk mengembara.
Seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Mulk ayat 15.
"DIAlah yang menjadikan bumi bagi kamu  mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya,serta makanlah daripada rezeki yang dikurniakan ALLAH; dan kepada ALLAH jualah(kamu) dibangkitkan hidup semula."

Nak dijadikan cerita, esok bermulalah pengembaraan aku ke United Kingdom untuk pertama kalinya.
Alhamdulillah rezeki aku untuk pergi ke sana buat kali ini.
Mungkin lain hari, rezeki anda semua pula wahai pembaca2 sekalian.

Semoga pengembaraan ini diberkati oleh Allah dan tiada apa-apa masalah yang berlaku.
*amiiin~

Itu sahaja untuk kali ini. Nak letak gambar2 facetime ni je sebenarnya. Sebab rindu sangat2

nabil

nasuha


Yang lain tak sempat nak screenshot :'(
Sekian, assalamualaikum

Tuesday, November 18, 2014

Si Comel

Assalamualaikum wbt

Lokasi : Bilik aku
Waktu : 11.20
Hari : Selasa
Aktiviti : #np Hot fm

Baru-baru ini, Che Ta lahirkan bayi, semua dok kata comel.
*lambat post. bukan tak follow isu semasa
Artis kalau lahirkan bayi, mesti semua kata comelnya-comelnya.
Cuba bagitahu aku sikit, bayi mana yang tak comel?
Aku lagi suka bayi ni.
Comel macam cina dah aku tengok.
Tak famous mane pun.
Saja pilih gambar ni untuk post sebab bayi artis mainstream sangat.
Dah besar, mesti lawa budak ni.
*entah-entah jodoh aku tak ni?
Who knows right? :P


Comel mana pun anak seseorang itu, didiklah mereka dengan betul.
Untuk kebaikan kita juga di akhirat kelak.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : Apabila seorang anak Adam mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara. Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.

Semoga bermanfaat untuk kita semua.
InsyaAllah.

Sunday, September 7, 2014

Perpindahan

Assalamualaikum semua.
Semoga Allah merahmati anda semua :)

Lokasi : Rumah sewa Akmal, Hazlami, Hanif, Ammar
Waktu : 9.36 pm
Hari : Sabtu
Aktiviti : #np Cool Kids - Echosmith

Pada hari isnin yang lepas, aku berpindah buat kali kedua.
Dari cité Jean Médecin ke cité Les Dolines.
Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang dalam 20 minit.
Alhamdulillah aku bersyukur dengan apa yang ada di tempat yang baru.
Dapur dan jamban semua dalam bilik tu.
Sebab sebelum ni, dapur dan jamban kena kongsi.
Alors, sampai2 je aku di situ, aku terus unpacking barang aku. 
Boleh tengok video kat bawah ni :)


Semoga dengan perpindahan ini, berubahlah juga aku dari yang buruk ke yang baik
insyaAllah. Semoga Allah perkenankan doaku ini. amiin~
Sekian, Assalamualaikum

Thursday, August 28, 2014

Tuntutlah ilmu

assalamualaikum wbt.

Lokasi : Cité Jean Médecin,Nice
Waktu : 1.04
Hari : Khamis
Aktiviti : #np Only love can hurt like this - Paloma Faith

pada waktu tengah hari yang agak panas ini,
bersama rakan sekelasku, Zaki, di dalam bilikku yang sedang bermain PS4 ku berkombinasi dengan TV 48inch nya,
terdetik hatiku ini untuk update blog ku yang telah lama tidak ku login.

Syukur ALHAMDULILLAH ke hadrat ilahi kerana masih dipanjangkan umur untuk hidup di bumi Allah ini dan masih dikurniakan dua nikmat yang sangat besar, nikmat islam dan iman.
Aku kini seorang pemuda 20-an yang berada jauh di mata orang-orang yang tersayang kerana terpaksa menyambung pelajaranku di perantauan dengan harapan dapat menggembirakan hati mereka selalu.
Minggu depan bermulalah cabaran dan pengembaraan aku sebagai seorang pelajar universiti di IUT Nice Sophia Antipolis. 

Honnêtement, aku takut berhadapan dengan cabaran ini kerana telah banyak aku lupa apa yang telah dipelajari selama ini. Betul lah pepatah arab ade menyebut "Penyakit ilmu ialah lupa".
Oleh itu, saya berpesan kepada semua sekali dan diri saya sendiri, beramal lah sentisa dengan ilmu.
Kerana ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah. Sia-sia sajalah kita tanam pokok durian, tetapi sampai ke sudah tidak berbuah. 
De plus, ilmu memantapkan iman (motto SBPIJ).

Sampai di sini sajalah untuk kali ini. bertemu lagi kita untuk entri yang akan datang. 
Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua. 

Surah Al-Mujadalah ayat 11

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ

"Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat"

Sekian, assalamualaikum.