Monday, June 3, 2013

H


"Assalamualaikum pembuka bicara,
ape khabar anda semua?"

amboi! berpantun di malam hari
WAHHH!!! dah lama tak update blog ni.
lebih setahun kot.

mintak maaflah. saya sangat sibuk.
dah jadi mahasiswa ni, memang tak banyak masa nak berfoya-foya.
homework banyak. kot! haha
takde lah. ada je masa nak update ni sebenarnya. cuma malas.
tu lah. dah lama tinggalkan, dah tak jadi habit dah benda ni. 
jom aktif semula!

kali ini, aku nak cerita tentang seorang insan yang ku kenali dari kecil lagi.
dia ni memang baik orangnya. memang calon isteri solehah lah.
aku suka gila tegok muka dia. sejuk je mata memandang.
dari dulu (CUTE) sampai sekarang (GORGEOUS)
dia ni sebaya aku. dulu kecik2, datang rumah dia main sama2.
pastu dah besar ni, dah jarang datang rumah dia.
maka yang kekal itu rindu
apa yang aku nak ceritakan ialah kejayaan kami berdua.
sebelum tu, tolong jangan pikir aku riak. takde nawaitu langsung ok.
baca saja. cerita best ni. haha
*OK. go on

start dari UPSR lah.
kitorang memang sekolah lain2.dari kecik lagi.
dia ni pandai gak. aku takdelah pandai mana. 
biasa2 saja.
tapi Alhamdulillah. we made it. kami berdua dapat skor 5A dalam UPSR.
kemudian, Alhamdulillah kami berdua dapat masuk sekolah agama.
dia masuk SMKA dan aku masuk SBPI.

Dipendekkan cerita, kita terus langkah ke PMR.
kitorang ambil 9 subjek untuk PMR.
At the end of 2009, result PMR keluar. 
aku hanya dapat 8A dan dia dapat 9A.
*Alhamdulillah
masa tu, perghhhh, kalah seyh. Mana boleh jadi.
memang start dari tu, aku nekad untuk SPM.
nak kalahkan dia pula. 
target kelas pertama.
tapi, tak tahulah. masa form 4 tu, belajar main2 je.
tak rasa pula macam rajin+pandai.
camtuu yoo. ontahlah.
tapi, Alhamdulillah, dapat juga masuk kelas pertama.
tapi, tak semestinya masuk kelas pertama tu jadi pandai.
aku target kelas pertama sebab suasana pembelajaran.
memang dari batch atas2 lagi, aku perhatikan je.
memang tenang.

time SPM pula,
memang target lah nak kalahkan dia.
kemudian, bila result dah keluar, Alhamdulillah, result aku takdelah teruk mana takdelah bagus mana.
cuma bersyukur lah.
tapi, dengan result aku tu, aku pikir mesti aku kalah lagi dengan dia.
sebab aku tak straight A pun. ade je yang kurang.
"dia mesti straight a punya", bisik hatiku setahun lebih yang lalu.
tapi, bila dapat tahu result dia, aku berjaya tandinginya,
tapi, bukan dia yang aku tandingi selama ini. diri aku sendiri yang aku cuba tandingi.
dan diri dia sendiri juga yang dia cuba tandingi.

bila bersembang dengan dia di facebook, rase lain macam je.
tak tahulah apa perasaan diri ini terhadap dirinya. *cewaahhh.haha
tapi kan, serba salah pun ada.
terasa diri ini berdosa sangat. sebab apa?
sebab aku tak berjaya bersama-sama dengan dia.
*korang takkan rasa punya perasaan ni kalau korang tak berada di tempat aku.
dia sambung matrik sekarang. dan dah habis dah pun.
nak tanya result dia pun serba salah.
takut dia terasa hati pulak kan.
bila tanya, dia taknak bagitahu pula.
tapi takpe, aku percaya dia mesti boleh buat punya.
haritu, pergi rumah dia. ade majlis kenduri. rasa segan je dengan dia.
kadang2, bila terpandang, hati ni mulalah tak keruan. haha. takut2 je.
tak berborak langsung. takpelah. dah besar dah. dulu2, bolehlah main sama2.
sekarang ni, entahlah. apa salahnya kan? Hurmm

takpelah, aku harap nanti,
dia dapat capai apa yang dia ingini, dan aku dapat capai apa yang aku ingini.
doakan kejayaan kami bersama. seriously, aku nak tengok dia ni berjaya.
semoga kau berjaya H
amiinnn~