Monday, April 16, 2012

Felda Global Group Scholarship Award 2012

assalamualaikum semua.
okay,post ni just nak share something je kat korang.
lebih2 lagi yang dapat tawaran biasiswa ni.

okay,aku dapat tahu tawaran ini pada hari khamis yang lalu.
orang tu kol aku.
time tu plak aku tengah tengok wayang ngan member2 aku iaitu amal, zainul, smiley, ary, adib, ishraf, syahamir dan don adib.
memang aku tak angkat r kan.HAHA.
pastu,habis je tengok wayang,aku kol lah orng tu balik.
borak borak borak, dye kate aku dapat tawaran Biasiswa Felda.Alhamdulillah.
pastu dye tanye r ade cek email tak?
rupe2nye dye dah bagitahu hari selasa lagi.
so, korang slalu2 lah cek email korang.jangan jadi macam aku.

pada hari kejadian.iaitu hari ini, aku follow bapak aku pergi kerja dulu.
so baju pun tshirt jelah.
dalam kol 11 lebih tu, barulah gerak kay yelll(KL)
bertempat di The Zon Hotel, Jalan Ampang.
sambil menunggu ayah aku habis kerja jap, aku mesej lah member2 aku.
tanye lah macam2. mesej adib,amal, x balas. tidur lettew.haha
meseh lah amirul.tanye dye okay ke tak.sebab dye pon ade interview felda pada hari yang sama.
mesej gak liyana anati.tanye pasal felda semua. tanye peneroka dalam bahasa inggeris ape.haha
maklumlah,BI tak pandai sangat.
sampai sahaja di sana, dengan tak 'tuck in' sume, serabai r senang cite.
pergilah cari tandas. nak tukar baju semua.
zup zap zup zap, tengok cermin kat tandas tu,
perghhhh, wa cakap sama lu.
bukan main hensem lagi.haha


ok, masa interview ini berlangsung pula ada 2, iaitu pada sesi pagi seawal 8.30 pagi.. dan pada sesi petang pula pada pukul 1.45, kalau tak silap aku r..
so, apa yang korang dapat bayangkan..?
hee, memang kena compete and kena excel! :)
so, just ignore others and make sure you do the best because all that had been shortlisted by felda are the best among the best, just trust yourself.. :D
anda patut berbangga dengan diri anda kerana anda telah layak untuk menjalani temuduga ini..
okeyh, for your information, sekiranya anda berjaya dalam sesi ujian dan temuduga ini,
anda perlu meneruskan perjuangan lagi (interview lagi) pada sesi akan datang..
baik, nanti aku akan ceritakan lagi apa yang aku tahu pasal interviewnye ye..

1.45 PM - start pendaftaran..
sign di kertas yang disediakan dan diberi nametag dan angka giliran..
angka giliran aku time tu ialah 8
then, breakfast..
you know what, mereka sediakan sarapan secara eksklusif untuk kami..
first time pergi interview dapat makan-makan macam tu.. *suka! :)

2.30 PM - ujian bermula..
ok, ujian ada 2 iaitu, verbal critical reasoning (VCR) and numerical critical reasoning (NCR)..
masa yang diperuntukkan untuk menyiapakan VCR dan NCR ialah 20 minit dan 35 minit respectively..
k, jangan risau, kalau ada rezeki, anda akan diberikan tambahan 5 minit untuk test tu..
tapi, walau-apa-pun, just try to finish the test ok.. :)
okay, detail sikit.
yang VCR ni kan, soalan dye, tough gile r.
dye macam petronas nye pattern soalan kot kalau xsilap. 
dye bagi petikan, pastu ade 4 soalan setiap satu petikan
ade 35 soalan. korang kene jawab dalam mase 20 minit kalau silap.
ade orang kate,lebih kurang soalan EST.xtaw plak aku soalan EST macam tu.huhu
actually, kene kuat pemahaman tuk soalan ni.jawabnya mudah,nak faham laa susah.
berbelit gila soalan dia.

kemudian, NCR plak.
yang ni memang pasal mathematics r.
main nombor.
bende ni lebih kepada statistik. memang payah r. 
ade 48 soalan dan kene jawab dalam mase 30 minit.
kejamkan? haha. boleh tahan r soalan dye.
kalau korang tak dapat jawab sangat, hentam je. biar ade dari takde.kan?

4.30 PM - interview bermula..
interview ni korang takyah risau lah. gelak2 je.
haha huhu hihi.
sikit2 dah r. buat macam berbual je.
sebab interviewer tu memang sporting r.
aku grup kedua.memang awal lah. no 8 kan.
nak buat camne.
grup aku ni terok sikit. masok2, terus duduk je.haha
aku pun lupe.tngk orang duduk,aku pun terduduk sekali. haishhh.
mengulang peristiwa mock plak.haha
then, dye suruh  perkenalkan diri sikit yo.
nama, sekolah, high achievement.
tu jelah.
dlm grup aku,aku sorang je SBP. market x?haha.
tapi macam tak melambangkan sbp je.
dak2 ni speaking macam apo tah ha.haha.
untunglah~ kan?
lepas perkenal diri, korang diarahkan untuk duduk di satu meja bulat untuk memilih satu daripada 5 topik untuk dibincangkan dan dibentangkan.
grup aku pun pilih topik, "math and science in english language. does it improve our english language?"
camtu r lebih kurang soalan dye.
bincang r dalam 20 minit. pastu bentang dalam 20 minit gak.
pastu,ade amoi ni,pegang2 plak aku. hesh! terkedu dibuatnye. haha.
pastu,siap ade whiteboard lagi.korang kene tulis pe bende yang korang nak bentangkan.
macam bese r kan? korang semua tahu kan?
habis je conclude, dah r.duduk balik. any question dye tanye nanti.
pastu balik. camtu yo.haha.

apa-apa-pun, aku bersyukur sebab segalanya berjalan lancar..
memang kalau nak diikutkan, aku rasa macam kecik je bila berkumpul dengan orang-orang hebat..
dah lah xstret a.aku rase aku sorang je xstret a kat situ.sebab,dye ade kate awal2,tahniah lah semua sebab dapat stret a.
tapi, sebenarnya, aku sendiri perlu menerima hakikat yang Allah dah tunjukkan yang aku memang berpotensi, terima kasih TUHAN..
insha-Allah, ALLAH will always give the best!
apa yang aku mampu lakukan, hanyalah berdoa..
semoga Allah sentiasa menetapkan segala yang terbaik dan apa yang termampu bagi aku..

"..dan apabila hamba-hambaKU bertanya kepadamu tentang AKU, maka jawablah, bhawasanya AKU adalah dekat.. AKU mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKU, maka hendaklah mereka itu beriman kepadaKU, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.."

okay,sekadar perkongsian untuk junior-junior dan rakan-rakan yang dapat interview Felda
semoga Allah permudahkan kalian dan sentiasalah yakin kepadanya..

seimbas kenangan,indah di hati =)

p/s : doa2kan lah kejayaan aku. semoga kite bersama mendapat rezeki-Nya. dan tak lupa juga kepada semua orang yang wish alldabest ke, support ape2 ke.thanks banyak2.

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.