Monday, April 30, 2012

The Walking Dead

"Previously on AMC's The Walking Dead"

inilah benda yang korang akan dengar tiap2 kali tengok tv series The Walking Dead.
cerita ni ditayangkan di channel 413 Fox Movie Premium / 433 Fox Movie Premium HD
actually,cerita ni dah habis lame dah. takdelah lame mane. 2012 jugak lah
tapi, aku baru tengok. sebab dye dah kluar season 2.
so,aku decide nak tengok season 1 dulu. baru faham jalan cerita.
tapi, dalam astro ni, dye asyik ulang tayang season 2 je.

 hot and handsome actors


cerita ni, aku dah tahu lama dah. abang sedare aku lah yang selalu tengok cerita ni.
tapi,aku tak layan sangat. sebab dye dah jauh dah. tyme tu, season 1 pun aku xtengok lagi.
so, time lepak2 ngan member2 dye, cite pasal ni sume,aku dengar jelah. 
dengar punye dengar, macam best r plak. :)

kebetulan dalam laptop abang aku ade season 1 punye.
so, aku tengok lah kat laptop abang aku.
dalam masa yang sama, aku download season 2 punya.
sebab abang aku ade season 1 sahaja.
so, i kill  two birds with one stone

dan dalam bulan april ni aku baru layan.haha
ade lah dalam 3 minggu kot aku tengok.ke 2 minggu tah.
sampai lah hari ni. padahal, semalam je boleh habis.
tapi, i nak tidur awal.
cite ni sumpah best kalau layan malam2.
syiiiooook wooohhh

kepada yang tak tahu,ni adalah cerita zombi.
dan zombi dalam cerita ni dipanggil walkers
antara actors dalam cerita ini ialah:


  • Andrew Lincoln (Rick)
  • Jon Bernthal (Shane)
  • Sarah Wayne Callies (Lori)
  • Laurie Holden (Andrea)
  • Jeffrey DeMunn (Dale)
  • Steven Yeun (Glenn)
dan ramai lagi lah. ni pelakon utama lah
biar aku cite sikit lah apa yang best.
tapi aku cadangkan, korang tengok dulu lah. g download cite ni dulu.
sebab takut nanti bile korang dah bace ape yang aku cerita ni, dah xsyok sangat bile nak tengok cite ni.
bile ade suspen,baru best tengok! 
so,download skank. dah habis tengok,baru bace bawah ni.haha

SEASON 1
mula2 je dah gempak dah. xde r gempak mane.but nicee r.aku suka gila.
rick ni polis.satu hari,dye kene tembak.so rakan dye,shane, hantar lah rick ni pergi hospital.
rick ni pun koma. nak dijadikan cerita, rick ni penah sekali tersedar.tapi, macam blur2 sikit lah.
ape yang dia perasan, shane datang melawat dye dan bagi sejambak bunga pada dia.
pastu,koma balik.
then, rick ni sedar lagi sekali.kali ni, baru dye betul2 sedar.
so, dye tengok kat bunga tu, korang taw ape jadi pada bunga tu?
jeng jeng jenggggg.hahaha.suspen tak time korang tengah bace ni? haha
kalau korang nak tahu,bunga tu dah layu dah mati dah.
so, nak menunjukkan yang dye dah stay kat hospital tu terlalu lama.
bila dia keluar je dari bilik wad tu, dah tak macam hospital dah. sebab dah diserang zombi sebelum ni.
bila dye keluar dari hospital tu, banyak gila mayat.
memang cuak lah aku ckp kat korang. dengan badan dye tak full recover lagi.
so, dia pun balik rumah.nak cari anak bini.
pastu,banyak lagi lah.
kalau korang nak tahu, bace sinopsis dye. KLIK SINI
kalau nak best lagi, tengok lah cerita dye.
download download! :D
serious best cite ni.
dan season ni ade 6 episod je.

SEASON 2
season ni plak, berkesinambungan dengan season 1. 
so,aku suggest kan kat korang agar tengok season 1 dulu r.
baru taw camne kesah dye.
season 2 ni pun gempak gak! 
terbaik r wa cakap sama lu.
kemalangan ngeri semua.
pergghhhh,ko bayangkan,gate yang ade tajam2 atas tu,
macam pagar ni

kan ade tajam2 atas tu kan?
ade sorang watak ni,Randall, kaki dye tertusuk besi pagar ni.
rick pun suruh lah sorang doktor ni potong kaki dye.
tapi,doktor ni macam xsanggup ke tak sempat ke malas tah.
sebab time tu, walkers dah makin ramai datang ke arah dyorang.
lalu, rick ni buat keputusan dengan sentap teus kaki randall kluar dr besi tu.
perggghhh,perit kot.dah lah ade bentuk besi tu.kalau bentuk dye tirus je xpe lah gak.
cite banyak pun tak guna. korang tengok lah. g download cepat lepas habis bace aku nye blog ni
kalau nak tahu sinopsis, KLIK SINI plak.
ade satu part ni, randall ni ala-ala terlepas dari kurungan rick. dan dye telah menjadi walker.pastu, daryl  bunuh dye. 
bila cek2, xde kesan gigitan walker pun
kehairanan mula timbul.
apabila dye tanye rick pasal bende ni depan orang ramai, rick jawab "we're all infected"
perghhh, terbaek dowh. dah last episod tuk season 2, baru taw yang semua dah dijangkiti.
padahal rick dah tahu time last episod season 1 lagi.
dye xnak bagitahu semua orang sebab dye pikir mungkin lebih baik dye diam sahaja.
gempak gile! korang mesti terkejut bile tengok ni nanti. tapi, kalau aku dah cite ni, xsyok sangat r.hahaha
sebab tu aku dah awal2 cakap tadi, download n tengok cite ni dulu.
dan season ni ade 13 episod.

dan sekarang, aku menunggu bulan oktober 2012. sebab, season 3 akan keluar pada bulan tu.
tak sabar nak tahu sambungan cite ni!
dan sekali lagi, aku syorkan agar korang tengok cite ni. series bestttt!
tak tipu bro!
rating aku bagi cerita ni, 11 per 10.
ha! nampak sangat r gempak kan.
so,itu sahaja dari aku. sekian, assalamualaikum

aku nak kasut ni!

Sunday, April 29, 2012

New Look!

assalamualaikum!
HOLLAA!
bertemu lagi kita dalam rancangan Super Spontan!
*ni serious super spontan. HAHA
bak kate kawan aku lah. tak habis2 dengan super spontan dye.
bnde tak lawak pon dye kate lawak.haisshhh

tapi,bukan itu yang aku nak katakan pada hari ini.
dan aku tak nak cari pasal kat sini.
sebelum tu, korang jangan terkejut dan jangan nak takut buat mase ni.
korang masih sedang membaca blog GoBlog.
ini bukan blog Pharmacist-To-Be, bukan blog Dengar Ini Cerita, bukan blog Coretan Insani dan sebagainya~

berwajah baru?
yeahhh! tepat sekali.
dah jarang update blog ni kan.
so,nak buat sedikit pembaharuan di blog ini.
lawa?
biase lah tu. lawa edit, lawa lah hasilnye.
*macam kene interview plak rasenya.haha

kalau korang perasan,

  • background dah lain.
  • tulisan GoBlog n description tu dah tukar sikit.
  • favicon tu dah makin lawa. bukan B putih lagi.
  • layout pun dah berubah sikit.
so, anda semua bila lagi?
tapi, bagi aku takdelah style sangat. 
sebab aku teringin buat yang ade page lain bagai.
pastu, header yang gempak gile bagai. 
contohnya macam blog lisa arissa ni :D
siap ade link kat tepi2 tu bagai. yang media tu.
header dye lawa gilak! camne nak buat camtu ea?
hurm,ade sape2 yang boleh tolong x?

so,itu sahaja post kali ini.sekian, assalamualaikum

p/s : harap2 ade respon dari korang semua. :-)

Friday, April 27, 2012

x + 0 = ?

BERAPA? 

yeahhhh!, ape2 pun, assalamualaikum aku ucapkan kepada semua.
okay,kali ni nak align center plak. 
saje je test. nak tengok which one is more better.asyik align left je.

baiklah, bukan itu yang aku ingin ceritakankan.
berbalik kepada tajuk ini, ia merupakan satu persoalan.
semua tahu kan itu adalah soalan.
soalan matematik lagi kalau dah detail kan.

cerita sebenar dye camni,
tadi aku menonton TV. cerita Teksi Tunai.
'cerita' lah sangat.
actually, ini adalah game show.asal nye dr cash cab.
tapi, malaysia buat teksi tunai.yang dihoskan oleh Bob Lokman.
tak kesah lah. bukan itu yang nak dibincangkan.

so,nak dijadikan cerita,
ade lah dua orang minah ni masuk.
pastu,bob terangkan r pasal cara nak main game ni sume.
perghhh,memang memekak r dua orang ni.
menyirap je aku. rasa nak tukar channel pun ade.
lebih2 lagi, astro tengah bg free semua channel tuk 10 hari ni.
tapi,takpe aku teruskan tengok channel ni.
*nak cite kat blog lettew

soalan 1st
"apakah perkataan yang berlawan dengan 'sunyi'?"
pastu sorang ni jawablah, "bising lah kan.hahaha"
Bob pun cakap lah, "haha.memang kena jawapannye dengan korang sekarang ni"
lebih kurang camtu r ayat bob.
aku nak tergelak je time tu. AMEK KAU!

kemudian,ade satu soalan ni.
seperti tajuk entry ini.
x + 0 = ?
ceq habaq kat hangpa semua lah.
punyelah lama diorang berdua nak jawab soalan ni.
ada sorang ni kate, "jap2.biar saye cek kat kalkulator saya."
perghhh! aku bukan nak kate ape r. nanti, nampak na bongkak ha.
cuma,kalau cek kat kalkulator boleh dapat jawapan ke?
hurm,,,mungkinlaaaa
yang sorang lagi,sibuk2 pertikaikan
"x+0? jadi x0 lah kan.yelah. mane boleh huruf tambah nombor. kalau camtu, jadi x0 lah."
argghhhhh,menyampah aku dengar.
seriously.
'x' tu unknown r. satu nombor yang kite taktaw.
pastu,minah yang nak cek pakai kalkulator tu tadi call lah someone.
then,tanya soalan berkenaan.
orang yang dlm tepon tu pun jawablah "x lah"
tapi kan, aku rase kan, nada dye mesti macam ni,
"x lah. kan?"camne nak cakap ea? alaaa,korang mesti leh bayangkan nye kan?
konpem2 r orng yg kene call tu macam pelik sikit je dengan soalan tu.
hurm,,,

tu jelah aku nak cerita kali ini. 
annoying dowh.haha.memekak je dlm teksi tu.
rileks2 dah r. 
oleh itu,aku mengingatkan diri aku sendiri dengan post ni agar tidak melakukan sesuatu yang boleh buat orang menyampah.insyaAllah
okay, harap2 aku dpt naik teksi tunai tu.haha.
kalau ade lagi lah. sape je yang taknak duit free.
nak2 dapat soalan macam tajuk ni.perghhh,free2 je dpt duit.
hopefully~

Monday, April 16, 2012

Felda Global Group Scholarship Award 2012

assalamualaikum semua.
okay,post ni just nak share something je kat korang.
lebih2 lagi yang dapat tawaran biasiswa ni.

okay,aku dapat tahu tawaran ini pada hari khamis yang lalu.
orang tu kol aku.
time tu plak aku tengah tengok wayang ngan member2 aku iaitu amal, zainul, smiley, ary, adib, ishraf, syahamir dan don adib.
memang aku tak angkat r kan.HAHA.
pastu,habis je tengok wayang,aku kol lah orng tu balik.
borak borak borak, dye kate aku dapat tawaran Biasiswa Felda.Alhamdulillah.
pastu dye tanye r ade cek email tak?
rupe2nye dye dah bagitahu hari selasa lagi.
so, korang slalu2 lah cek email korang.jangan jadi macam aku.

pada hari kejadian.iaitu hari ini, aku follow bapak aku pergi kerja dulu.
so baju pun tshirt jelah.
dalam kol 11 lebih tu, barulah gerak kay yelll(KL)
bertempat di The Zon Hotel, Jalan Ampang.
sambil menunggu ayah aku habis kerja jap, aku mesej lah member2 aku.
tanye lah macam2. mesej adib,amal, x balas. tidur lettew.haha
meseh lah amirul.tanye dye okay ke tak.sebab dye pon ade interview felda pada hari yang sama.
mesej gak liyana anati.tanye pasal felda semua. tanye peneroka dalam bahasa inggeris ape.haha
maklumlah,BI tak pandai sangat.
sampai sahaja di sana, dengan tak 'tuck in' sume, serabai r senang cite.
pergilah cari tandas. nak tukar baju semua.
zup zap zup zap, tengok cermin kat tandas tu,
perghhhh, wa cakap sama lu.
bukan main hensem lagi.haha


ok, masa interview ini berlangsung pula ada 2, iaitu pada sesi pagi seawal 8.30 pagi.. dan pada sesi petang pula pada pukul 1.45, kalau tak silap aku r..
so, apa yang korang dapat bayangkan..?
hee, memang kena compete and kena excel! :)
so, just ignore others and make sure you do the best because all that had been shortlisted by felda are the best among the best, just trust yourself.. :D
anda patut berbangga dengan diri anda kerana anda telah layak untuk menjalani temuduga ini..
okeyh, for your information, sekiranya anda berjaya dalam sesi ujian dan temuduga ini,
anda perlu meneruskan perjuangan lagi (interview lagi) pada sesi akan datang..
baik, nanti aku akan ceritakan lagi apa yang aku tahu pasal interviewnye ye..

1.45 PM - start pendaftaran..
sign di kertas yang disediakan dan diberi nametag dan angka giliran..
angka giliran aku time tu ialah 8
then, breakfast..
you know what, mereka sediakan sarapan secara eksklusif untuk kami..
first time pergi interview dapat makan-makan macam tu.. *suka! :)

2.30 PM - ujian bermula..
ok, ujian ada 2 iaitu, verbal critical reasoning (VCR) and numerical critical reasoning (NCR)..
masa yang diperuntukkan untuk menyiapakan VCR dan NCR ialah 20 minit dan 35 minit respectively..
k, jangan risau, kalau ada rezeki, anda akan diberikan tambahan 5 minit untuk test tu..
tapi, walau-apa-pun, just try to finish the test ok.. :)
okay, detail sikit.
yang VCR ni kan, soalan dye, tough gile r.
dye macam petronas nye pattern soalan kot kalau xsilap. 
dye bagi petikan, pastu ade 4 soalan setiap satu petikan
ade 35 soalan. korang kene jawab dalam mase 20 minit kalau silap.
ade orang kate,lebih kurang soalan EST.xtaw plak aku soalan EST macam tu.huhu
actually, kene kuat pemahaman tuk soalan ni.jawabnya mudah,nak faham laa susah.
berbelit gila soalan dia.

kemudian, NCR plak.
yang ni memang pasal mathematics r.
main nombor.
bende ni lebih kepada statistik. memang payah r. 
ade 48 soalan dan kene jawab dalam mase 30 minit.
kejamkan? haha. boleh tahan r soalan dye.
kalau korang tak dapat jawab sangat, hentam je. biar ade dari takde.kan?

4.30 PM - interview bermula..
interview ni korang takyah risau lah. gelak2 je.
haha huhu hihi.
sikit2 dah r. buat macam berbual je.
sebab interviewer tu memang sporting r.
aku grup kedua.memang awal lah. no 8 kan.
nak buat camne.
grup aku ni terok sikit. masok2, terus duduk je.haha
aku pun lupe.tngk orang duduk,aku pun terduduk sekali. haishhh.
mengulang peristiwa mock plak.haha
then, dye suruh  perkenalkan diri sikit yo.
nama, sekolah, high achievement.
tu jelah.
dlm grup aku,aku sorang je SBP. market x?haha.
tapi macam tak melambangkan sbp je.
dak2 ni speaking macam apo tah ha.haha.
untunglah~ kan?
lepas perkenal diri, korang diarahkan untuk duduk di satu meja bulat untuk memilih satu daripada 5 topik untuk dibincangkan dan dibentangkan.
grup aku pun pilih topik, "math and science in english language. does it improve our english language?"
camtu r lebih kurang soalan dye.
bincang r dalam 20 minit. pastu bentang dalam 20 minit gak.
pastu,ade amoi ni,pegang2 plak aku. hesh! terkedu dibuatnye. haha.
pastu,siap ade whiteboard lagi.korang kene tulis pe bende yang korang nak bentangkan.
macam bese r kan? korang semua tahu kan?
habis je conclude, dah r.duduk balik. any question dye tanye nanti.
pastu balik. camtu yo.haha.

apa-apa-pun, aku bersyukur sebab segalanya berjalan lancar..
memang kalau nak diikutkan, aku rasa macam kecik je bila berkumpul dengan orang-orang hebat..
dah lah xstret a.aku rase aku sorang je xstret a kat situ.sebab,dye ade kate awal2,tahniah lah semua sebab dapat stret a.
tapi, sebenarnya, aku sendiri perlu menerima hakikat yang Allah dah tunjukkan yang aku memang berpotensi, terima kasih TUHAN..
insha-Allah, ALLAH will always give the best!
apa yang aku mampu lakukan, hanyalah berdoa..
semoga Allah sentiasa menetapkan segala yang terbaik dan apa yang termampu bagi aku..

"..dan apabila hamba-hambaKU bertanya kepadamu tentang AKU, maka jawablah, bhawasanya AKU adalah dekat.. AKU mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKU, maka hendaklah mereka itu beriman kepadaKU, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.."

okay,sekadar perkongsian untuk junior-junior dan rakan-rakan yang dapat interview Felda
semoga Allah permudahkan kalian dan sentiasalah yakin kepadanya..

seimbas kenangan,indah di hati =)

p/s : doa2kan lah kejayaan aku. semoga kite bersama mendapat rezeki-Nya. dan tak lupa juga kepada semua orang yang wish alldabest ke, support ape2 ke.thanks banyak2.