Thursday, January 19, 2012

shila amzah make my day

WOOOHOOOO!

actually,hari ni aku happy gila. HAPPY GILA!!! nak taw sebab ape? semenjak dua menjak ni,aku selalu online TWITTER. ini semua disebabkan dorongan uzair faiz. ade satu malam tu,dye update status kat FB via twitter. dia boleh tanye aku, "style x update status via twitter? macam artis tak?haha". camtu lah,dia kata kat aku. aku pun cakap lah yang bende tu biasa je. sebab dah banyak kali aku tengok orang buat macam tu. pastu,aku pun nak try gak. haha. ikut jugak kan. cakap tadi biase je. suka ati aku lah hai.

aku sememangnya dah ade twitter ni lame dah.cuma tak bukak selalu je. sebab member2 aku ni semua noob sikit.tahu pakai fb je.haha. *sorry guys. 

cerita sebenarnya,ape yang aku happy sangat sebab...sebab...
segan pulak nak bagitahu.haha
...sebab SHILA AMZAH follow aku dan tweet name aku. name aku dia 'mentioned'kan weh.kau ade? haha. aku suka gila.dia dah lah lawa. suara sedap plak tu. aku minat gilak dekat dia. hari ni,aku asyik layan video2 dia je kat youtube. perghh, lunaknya suara die.
C O M E L  S A N G A T. untuk pengetahuan korang semua,sambil aku update blog ni,aku mendengar lagu SHILA.patah seribu hatiku,bila mengenangkan segala yang kita bina bersama,haruskah ku lupa,karena engkau telah pergi~
aku takkan lupa SHILA AMZAH dan aku masih tak pergi lagi! <3 you
thanks for make my day SHILA AMZAH


pergh! dia luv aku lah

so,kepada yang diluar sana,jangan jeles okay?

Wednesday, January 18, 2012

ujian komputer

pada pagi 13/1/2012 yang hening,
aku bangun awal untuk solat subuh.
selepas solat,aku terus mencapai tuala aku untuk mandi.
aku mandi di bilik air yang terdapat di rumah aku
*tak kan kat rumah jiran kau plak
setelah mandi,
aku pergi ke bilik aku untuk bersiap.
aku pun menyarung baju dan seluar jeans aku.

WOI! stret tu de point BOLEH TAK?

okay!korang dah start marah ea?
HAHA
pagi tu aku rase,aku lah orang paling hensem kat dunia ni.
sebenarnya,pagi2 aku dah bersiap bagai sebab aku nak pergi ke pajam.
untuk ape? 
urm, EKCELI (bak kata enoy),
aku ade ujian komputer tuk lesen L pada pagi tu.
"apsal lambat sangat?"
itulah yang dipersoalkan oleh rakan-rakan ku yang lain.
memang sengaja aku melewatkannya sebab aku malas nak ambil awal awal
okay! walaupun itu cuma alasan,kite teruskan sahaja bercerita.

nak dijadikan cerita, pagi tu aku tunggu lah koster yang akan menjemput aku untuk pergi ke pajam.
selalu nye driver tu akan mesej aku malam sebelum die amik.
tapi,kali ni aku tak dapat ape ape mesej dari die.
dah pukul 8,masih x muncul2 lagi die.
lantas,aku call pihak akademi memandu ni.
borak punye borak punye lame,
HAHA
die kate pukul 9 barulah die sampai.
perghh!
siap pukul 7 pagi. kene tunggu sampai pukul 9.
tapi takpe.Allah sentiasa bersama orang yang bersabar.
so,aku tunggu lah sambil menuntun basikal menonton TV dan online FB.
dalam 9.15 barulah die sampai.
aku pun menggelabah sikit sebab takut dye marah plak lambat.
*marah aku tak pikir lak kan



tertinggal plak!

gambar ni!
menggelabah punye pasal,aku dah tertinggal aku punye buku 500 soalan tu.
perghhh.dah cuak dah.nak bace ape ni.
sepanjang perjalanan, hati aku berselawat sahaja.
takut punya pasal.Subhanallah

kemudian,dalam pukul 10 aku bergerak ke salak tinggi pulak
sebab ujian akan ambil di sana.
tak caye?


kalau tak caye,ni bukti nye

sesampai je sana,bukan main ramai lagi orang.
nak kene tunggu pulak.dari tadi asyik tunggu je.
HAISHH
so,aku kenelah daftar dan tangkap gambar bagai.
sementara tunggu tu,tengok lah akak AYSYAH yang jaga tempat daftar tu.
sian aku tengok die. orang dah lah ramai.keje sorang je.
semua benda die kene buat.

tunggu punya tunggu punya tunggu,
jap lagi, die boleh kate, 
"pukul 12.30 kita habis ea. sebab hari ni hari jumaat"
peh! lu bikin hati wa panaassss saja
ye lah,mana tak nya.
memang aku x sempat r.sebab aku dah lah calon yang 2nd last.time tu dah pukul brape dah.
aku dok usha je akak tu.
tak tahulah muke aku camne time tu.
aku rase aku buat muka biase je.
kadang2 dia terpandang aku.
bila dia pandang aku,aku alihkan pandangan ku.
wah! macam dilamun cinta pulak.HAHA

kemudian,sementara tunggu tu.aku dok perhatikan je budak2 lain
semua bace buku der.
aku sorang je yg tak bace buku time tu.
kalau aku tak silap lah.
perghh,perasaan semakin takut.selawat pun makin banyak.
hipotesis -> "semakin bertambah ketakutan kita, semakin bertambah selawat dan zikir kita"
actually,ceq bukan doq risau ape.cume,takut bile tak lepas nanti, orang mengate aku.
"tulah,bajet lagi. tak bace buku konon. kalau konpem lulus takpe"
memang pedas lah kan ayat tu kalau kena kan.
tapi,kalau kena pun,kite nak buat camne.
bak kate rakan seperjuangan aku, "mulut orang memang kita tak boleh tutup.asalkan kita rase yang terbaik.kira OK lah tu" :-)

akhirnya,tibelah masa aku untuk mengambil ujian.
kalau tak silap aku,dah pukul 1 kot time tu.
*eh,kate tadi pukul 12.30 tutup.
tulah pasal.
aku pun tak tahu.banyak kali gak aku bertentangan mata dengan akak tadi tu dari jarak jauh.
mungkin dia nampak muka aku bengis kot.
so,dia menjadi takut
dan bercadang untuk habiskan sahaja calon2 ni.
HAHA. bengis ke muka aku? aku pun tak tahulah.

time nak amik ujian tu,
seram sejuk dibuatnya.
tapi nak buat camne kan.
tenangkan jelah hati tu.
dalam mase 15 minit aku sudah habiskan ujian itu.
sebenarnya kurang 15 minit.saje je dok situ cek cek balik.
last-2 takde penukaran jawapan pun.
dan akhirnya keluar lah result aku.
syukur Alhamdulillah,aku dapat 44/50
yang peliknya, aku banyak salah kat bahagian papan tanda tu dan betul semua di bahagian ketiga tu.
padahal aku pikir bahagian 3 tu yang aku tak skor dan bahagian papan tanda tu yang aku skor.
tapi, rezeki di mana-2 kan.


bukti 15 minit je aku jawab


keputusan aku.hebad dak?

kemudian,dah habis tu dalam pukul 1.30,
aku dan rakyat yang dari pajam tu pun tunggu lah koster datang untuk menjemput kami pulang.
sorang mamat ni kol lah driver tu.
jap lagi dye boleh kate, "lepas sembahyang jumaat,abang amik"
hak elah.ingat kitorang kapir ke kan.
pale otak-otak kempas lah dia.
aku pun cari lah masjid kat situ.
cari cari tak jumpe plak.
tanye member sorang ni,dia kata kat jalan besar sane ha.
jauh gile

hmmm,burn lah solat jumaat aku hari tu.
:'(
tunggu punya tunggu,jam pun menunjukkan 2.15.
giliran aku plak kol.
aku pun tanye lah kat mane sume,
boleh dia kate "owh,okaylah.abang pergi amik sekarang"
kepale dia.
patut ea,dah sampai dah.

tunggu punya tunggu lagi,
jam pun dah menunjukkan pukul 3.00.
barulah dia sampai.
PANAS BEB.
nak taip ni pun dalam keadaan marah.huh
sabar sabar sabar.
buat bertendang najib!

dalam pukul berape tah,barulah sampai rumah.
dan terus amik wudhuk tuk solat zohor.
habis je solat,aku terus tidur kot.
entah lah.lupe pulak.HAHA

so,itu sahaja entri pada kali ini.
esok nak pra L pulak.
doa doa kan aku F O K U S ea mase ceramah tu nanti.
okay,see ya

Monday, January 16, 2012

bace ni bace ni

Assalamualaikum semua and hi to non-Muslim
sebelum tu, tunggu sat
ceq nak bersihkan blog ni sat
ade sawang plak
rasenye baru beberapa hari je tak singgah blog ni.
haish.maklumlah takde orang nak blogwalking kat blog ni kan.
tapi,tak mengapa.
i'll do my best for u
*ai,cakap lebih.bile nak bersihkannya?
okay.sorry guys.
.
.
.
.
Alhamdulillah,bersih jugak blog ni
sorry guys because i'm waste your time just now
maklumlah,blog bersawang.
*berapa kali plak kau nak ulang?
haha.marah ke.okay okay okay
sebenarnya,aku nak cerita pasal something ni.
wait,i forgot lah
.
.
urm,ape ea?
.
.
ape ea yang aku nak cerita kat korang semua.
hadoyai!
time ni plak lupe.
tadi ingat je.
okay,give me two minutes
sementara tu,korang hayatilah gambar ni.
hayati betul-2 tau
aku berharap sangat


this picture

okay! ape yang korang dapat daripada gambar ini?
cube komen sikit kat bawah ni nanti.

berbalik kepada cerita tadi.
sekarang,aku baru ingat apa yang aku nak ceritakan kat korang semua.
sebenarnye,aku tak tahu nak cerite apa pada entri kali ini.
HAHA.
aku tahu mesti korang sakit hati.
betul atau tidak?
cakap je, aku tak kesah.
cakap lah cepat.
hadoyai.
suruh cakap pun susah.
*tak susah sebenarnye.tapi,kalau cakap nanti,kau tak dengar. baik kitorang type je.
amboi! janganlah marah.
ye tak ye kan.
okay okay okay.
aku tahu,kalau korang marah macam mane pun,
korang tetap akan bace entri ni sampai habis kan.
haha.
dan korang akan tersenyum sekarang.

 ape ape pun,komen lah ea kat bawah ni jika korang :
1- dapat ape ape daripada gambar di atas
2- sakit hati sebab terkena
3- bace entri ni sampai habis
4- tersenyum pada saat akhir

sekian~

Saturday, January 7, 2012

opah hang

okay!kali ni aku nak cerita pasal sejarah nama pahang.
tetiba excited pulak pasal pahang ni
;-)


Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

“Hamba cadangkan nama Karma Sari.”
“Hamba pula cadangkan Margapura.”
“Karma Sari lebih molek.”
“Molek lagi Margapura.”
“Pilihlah Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari molek!”
“Molek lagi Margapura!”
“Tengkorak hang!”
“Opah hang!”
“Opah hang!”

“Sudah! Sudah!” Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,”Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.” Demikianlah kisahnya.

Friday, January 6, 2012

facebookis???

HA!
FACEBOOKIS?
*haha
what's that?

ha,aku tau.mesti semua orang tak tahu ape2 pasal bende ni kan?
aku pun tak tahu sebenarnye.
bende ni macam facebook.tapi tak taw lah ape yang bezanya.
aku ade terbace kat blog sape tah tadi.
pastu aku masuk lah.
then,sign up.
saje jelah nak tengok ape yang best.

SATU JAM KEMUDIAN...

hurm,entahlah.
ape kate kite explore same2.
korang sign up lah kat sini ea?
kalau nak add aku, kat sini plak

okay!semoga kita same2 berjaya meng'explore' haram jadah ni

Thursday, January 5, 2012

kelayakan untuk final MASTERCHEF

assalamualaikum semua.
hari ni aku nak bagitau korang semua yang
mood aku...
HAPPY GILAK WOOHOOOO
haha

*ape yang kau happy sangat ni ha?
alaa korang ni.
tak tengok ke semalam.
MASTERCHEF
penentuan kot sape yang masuk final.
seperti yang semua orang tahu kat post aku yang sebelum ni,
aku minat kat sape?
WAHIDAN (shout)
yeah!!! haha
aku hapy gile sebab wahidan ni masuk final.
die dengan ezani je dapat masuk final.

mule-2 baru tau ezani je yang masuk final.
then ade lagi tiga orang iaitu ZAMIR, AMITA dan WAHIDAN
pastu die nak umumkan dah sape lagi sorang.jap lagi iklan pulak.
aduyai.
aku siap text member aku lagi, seyra
"nervous ni nervous ni",
haha.untuk pengetahuan anda semua seyra sangat meminati zamir.
dan aku pula meminati wahidan.
sape tak nervous kan.wahidan ngan zamir plak ade kat situ.
entah sape lah yang pergi final.

iklan pun tamat.tet tet tettttt,tet tet tettttt
*muzik die lepas iklan tu
pastu, diumumkan bahawa peserta yang akan bersama dengan ezani ialah WAHIDAN.
yeah! haha
terus berperang aku dengan  seyra.
then,barulah dapat mesej daripada dia,
"NOOOOO'",
haha.pastu ade lagi dua orang.
aku ingatkan yang masuk final 3 orang.
rupe-rupenya 2 orang sahaja.
patutlah die kate NOOOO' lepas diumumkan tu

malam tu mule lah perang dengan die
banyak gile post-2 kat fesbuk pasal zamir terkeluarlah.wahidan juare lah
wahidan hensem lah,zamir tak reti masak lah...
macam-2 lah.haha
nasib baik lah wahidan tu masuk final.kesian kat zamir.
tapi takpe.
mungkin rezki zamir tu kat tempat lain.
setiap orang ade rezki diorang masing-2
kau jangan risau seyra!
tak effect pun kat kau kalau zamir keluar.
cume hati terluke sikit lah.
tapi,kau kene ingat.
HATI YANG TERLUKA BOLEH DIUBATI.
TETAPI MATI TIADA UBATNYA.

sekian,assalamualaikum

Wednesday, January 4, 2012

sekolah

terase pelik pulak hari ni.
mane tak peliknya.
mase nak pergi lunch kat luar tadi...
pergh!!! wa cakap sama lu.
mahal seyhhh.
makan ape je pun. nasi putih,ikan sembilang ngan kuah je.air teh ais
harge die plak tak kene kot.
kalau aku cakap mesti korang tak percaye punye.
nak aku cakap tak?
*cakap yolah
RM 7.30
*omak kau,mahal ea tu
tahu takpe.masalah ea,den lupo pulak nak tanyo "apo yang mahal ea?".
waduh waduh.terbang melayang duit aku ke mesin cashier tu.



alamak!
keluar tajuk pulak.
sebenarnye,aku terase pelik hari ni sebab ade sesuatu yang berlaku.
time nak duduk makan tu, aku nampak budak baru balik dari sekolah
tu je yang pelik nye.
yelah,lupe pulak aku yang hari ni dah start sekolah.
tapi kan,kenape aku tak pergi sekolah ea?
selalunye aku ni bersemangat nak pergi sekolah
kalau cakap perkataan "rajin" kat sekolah yang aku pernah belajar, orang akan fikir tentang aku.
maklumlah kat sekolah aku lah yang paling rajin.
*tangan di dada mata ke atas

rupa-rupanya aku telah berumur 18 tahun kini.
sekali lagi aku terlupa.
tiada lagi zaman persekolahan dalam hidupku ini.
tiada lagi pakaian ,kasut  dan seluar FALCON yang akan ku pakai.
kini hanya tinggal kenangan.
*brand falcon tu takde gambar pulak.haha.nasib baik warna merah jugak

ape-ape pun, kepada adik-2 junior,
jagelah diri kamu masing-2.
dengar cakap cikgu.
jangan ponteng perhimpunan.
jangan ponteng kelas.
jangan selalu pergi klinik.
dan yang paling penting jangan lupa beribadah kepada Allah.
*semua aku buat je ni.ish3.don't be like me okay

Monday, January 2, 2012

zamir zamir zamir

macam pernah dengar nama ni kan?
*memey r
tapi di mana ya?

hurm,kali ni aku mahu cerita tentang MASTERCHEF


PERSOALANNYA
power sangat ke peserta-2 ni?
pandai ke diorang masak?
sedap sangat ke ape yang diorang masak?
hensem/lawa sangat ke diorang ni?
takde keje lain ke diorang ni?
bla bla bla....
hurm,terlalu banyak persoalannya.
sehingga malas nak taip.

jawapannya aku rase korang sendiri yang tahu.
yelah tengok ape yang diorang masak.
perghhhh... nampak sedap je.
tapi bile 3 chef yang utama tu rase,ade jelah komen diorang.
tak tahulah. sedap ke.tak sedap ke.

tapi,bukan itu yang aku ingin ceritakan.
kali ini aku mahu ceritakan tentang CHEF ZAMIR


bila sebut je name dia ni, orang perempuan mulelah menggatal.
"hensem lah mamat ni",
"dah lah hensem,pandai memasak plak tu",
"kalau dia jadi husband aku kan best"

hadoyy! tak faham aku.
macam-2 puji dia.dah lah perempuan yang puji.
patut ea, perempuan lah yang reti masak.
malu lah sikit kat lelaki woiii!!!
*jangan ambil hati ea.ambil iktibar je

tapi kan,aku lagi minat kat CHEF WAHIDAN


*HAHA
ape gelak-2?
bagi aku, dia ni lagi hensem daripada zamir.
tengok gaye dia ni.hensem tuuu.haha
dah lah hensem,pandai memasak plak tu.
sempoi lagi tu.walaupun seorang pekebun,dia berusaha nak berjaya dalam pertandingan ni.
nasib baik dia mempunyai jantina yang same dengan aku
takdelah aku nak kata "kalau dia jadi wife aku kan best"
*tangan di dada,mata ke atas

haha.itu saje entri kali ni.
aku harap dia menjuarai pertandingan ni.
:-)

Sunday, January 1, 2012

Happy New Year 2012

WAH! excited plak nak update blog ni.
dah 2012 seyh
makin hari makin pantas masa berlalu
yelah mane tak nye
kalau tak silap aku baru semalam je tahun 2011
tahu-2 bangun je dari tidur dah tahun 2012
*ceh,tipu tu.padahal tidur lambat semalam

yang peliknya,aku terlupa yang umur aku dah cecah LAPANBELAS
dah pukul dua lebih baru aku perasan.
siap update kat status facebook lagi
"wah! aku dah 18? HAHA dah dua jam lebih baru perasan. aku 18. WOOHOOOO"
amboi!kemain excited lagi.
yelah.aku kini bukan budak sekolah lagi.yiihaaa!
*kau akan merinduinya nanti.
sobb sobb
zaman sekolah lah yang paling best sebenarnya.
tapi,tak ramai yang perasan itu adalah zaman yang paling best ketika masih bersekolah.
majoriti akan peraan apabila sudah keluar sekolah.
*taching lah taching lah

okay,berbalik kepada tajuk.
di sini aku mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua orang yang sedang membaca blog aku yang tak seberapa ni.
wish u all da best in u're life
semoga dapat mencapai azam tahun baru yang mungkin tak tercapai-capai.
nekadlah dengan usaha yang gigih.barulah tercapai.
semoga menjadi anak yang baik.
bak kata ustazah aku, "anak yang baik ialah anak yang mendengar kata"
di sini aku mengingatkan diri aku dan semua orang agar dengarlah cakap sesiapa pun sekiranya ia adalah baik untuk kita.
tetapi, jangan sesekali mendengar BISIKAN SYAITON.

hangpa tengok gambaq ni


gambaq ini diambil pada enam petang 31/12/2011
tetapi pada pukul 12 pagi tadi, hanya perkataan 2012 sahaja yang tinggal.
jangan biarkan AIR yang memusnahkan masa hadapan kita.
*banyak benda boleh ditukarkan dengan "AIR".fikir fikir kan lah
nauzubillah min zaalik~
ayuh kita mulakan hidup kita dengan perkara-2 yang lebih baik daripada sebelum ini.