Monday, April 30, 2012

The Walking Dead

"Previously on AMC's The Walking Dead"

inilah benda yang korang akan dengar tiap2 kali tengok tv series The Walking Dead.
cerita ni ditayangkan di channel 413 Fox Movie Premium / 433 Fox Movie Premium HD
actually,cerita ni dah habis lame dah. takdelah lame mane. 2012 jugak lah
tapi, aku baru tengok. sebab dye dah kluar season 2.
so,aku decide nak tengok season 1 dulu. baru faham jalan cerita.
tapi, dalam astro ni, dye asyik ulang tayang season 2 je.

 hot and handsome actors


cerita ni, aku dah tahu lama dah. abang sedare aku lah yang selalu tengok cerita ni.
tapi,aku tak layan sangat. sebab dye dah jauh dah. tyme tu, season 1 pun aku xtengok lagi.
so, time lepak2 ngan member2 dye, cite pasal ni sume,aku dengar jelah. 
dengar punye dengar, macam best r plak. :)

kebetulan dalam laptop abang aku ade season 1 punye.
so, aku tengok lah kat laptop abang aku.
dalam masa yang sama, aku download season 2 punya.
sebab abang aku ade season 1 sahaja.
so, i kill  two birds with one stone

dan dalam bulan april ni aku baru layan.haha
ade lah dalam 3 minggu kot aku tengok.ke 2 minggu tah.
sampai lah hari ni. padahal, semalam je boleh habis.
tapi, i nak tidur awal.
cite ni sumpah best kalau layan malam2.
syiiiooook wooohhh

kepada yang tak tahu,ni adalah cerita zombi.
dan zombi dalam cerita ni dipanggil walkers
antara actors dalam cerita ini ialah:


  • Andrew Lincoln (Rick)
  • Jon Bernthal (Shane)
  • Sarah Wayne Callies (Lori)
  • Laurie Holden (Andrea)
  • Jeffrey DeMunn (Dale)
  • Steven Yeun (Glenn)
dan ramai lagi lah. ni pelakon utama lah
biar aku cite sikit lah apa yang best.
tapi aku cadangkan, korang tengok dulu lah. g download cite ni dulu.
sebab takut nanti bile korang dah bace ape yang aku cerita ni, dah xsyok sangat bile nak tengok cite ni.
bile ade suspen,baru best tengok! 
so,download skank. dah habis tengok,baru bace bawah ni.haha

SEASON 1
mula2 je dah gempak dah. xde r gempak mane.but nicee r.aku suka gila.
rick ni polis.satu hari,dye kene tembak.so rakan dye,shane, hantar lah rick ni pergi hospital.
rick ni pun koma. nak dijadikan cerita, rick ni penah sekali tersedar.tapi, macam blur2 sikit lah.
ape yang dia perasan, shane datang melawat dye dan bagi sejambak bunga pada dia.
pastu,koma balik.
then, rick ni sedar lagi sekali.kali ni, baru dye betul2 sedar.
so, dye tengok kat bunga tu, korang taw ape jadi pada bunga tu?
jeng jeng jenggggg.hahaha.suspen tak time korang tengah bace ni? haha
kalau korang nak tahu,bunga tu dah layu dah mati dah.
so, nak menunjukkan yang dye dah stay kat hospital tu terlalu lama.
bila dia keluar je dari bilik wad tu, dah tak macam hospital dah. sebab dah diserang zombi sebelum ni.
bila dye keluar dari hospital tu, banyak gila mayat.
memang cuak lah aku ckp kat korang. dengan badan dye tak full recover lagi.
so, dia pun balik rumah.nak cari anak bini.
pastu,banyak lagi lah.
kalau korang nak tahu, bace sinopsis dye. KLIK SINI
kalau nak best lagi, tengok lah cerita dye.
download download! :D
serious best cite ni.
dan season ni ade 6 episod je.

SEASON 2
season ni plak, berkesinambungan dengan season 1. 
so,aku suggest kan kat korang agar tengok season 1 dulu r.
baru taw camne kesah dye.
season 2 ni pun gempak gak! 
terbaik r wa cakap sama lu.
kemalangan ngeri semua.
pergghhhh,ko bayangkan,gate yang ade tajam2 atas tu,
macam pagar ni

kan ade tajam2 atas tu kan?
ade sorang watak ni,Randall, kaki dye tertusuk besi pagar ni.
rick pun suruh lah sorang doktor ni potong kaki dye.
tapi,doktor ni macam xsanggup ke tak sempat ke malas tah.
sebab time tu, walkers dah makin ramai datang ke arah dyorang.
lalu, rick ni buat keputusan dengan sentap teus kaki randall kluar dr besi tu.
perggghhh,perit kot.dah lah ade bentuk besi tu.kalau bentuk dye tirus je xpe lah gak.
cite banyak pun tak guna. korang tengok lah. g download cepat lepas habis bace aku nye blog ni
kalau nak tahu sinopsis, KLIK SINI plak.
ade satu part ni, randall ni ala-ala terlepas dari kurungan rick. dan dye telah menjadi walker.pastu, daryl  bunuh dye. 
bila cek2, xde kesan gigitan walker pun
kehairanan mula timbul.
apabila dye tanye rick pasal bende ni depan orang ramai, rick jawab "we're all infected"
perghhh, terbaek dowh. dah last episod tuk season 2, baru taw yang semua dah dijangkiti.
padahal rick dah tahu time last episod season 1 lagi.
dye xnak bagitahu semua orang sebab dye pikir mungkin lebih baik dye diam sahaja.
gempak gile! korang mesti terkejut bile tengok ni nanti. tapi, kalau aku dah cite ni, xsyok sangat r.hahaha
sebab tu aku dah awal2 cakap tadi, download n tengok cite ni dulu.
dan season ni ade 13 episod.

dan sekarang, aku menunggu bulan oktober 2012. sebab, season 3 akan keluar pada bulan tu.
tak sabar nak tahu sambungan cite ni!
dan sekali lagi, aku syorkan agar korang tengok cite ni. series bestttt!
tak tipu bro!
rating aku bagi cerita ni, 11 per 10.
ha! nampak sangat r gempak kan.
so,itu sahaja dari aku. sekian, assalamualaikum

aku nak kasut ni!

Sunday, April 29, 2012

New Look!

assalamualaikum!
HOLLAA!
bertemu lagi kita dalam rancangan Super Spontan!
*ni serious super spontan. HAHA
bak kate kawan aku lah. tak habis2 dengan super spontan dye.
bnde tak lawak pon dye kate lawak.haisshhh

tapi,bukan itu yang aku nak katakan pada hari ini.
dan aku tak nak cari pasal kat sini.
sebelum tu, korang jangan terkejut dan jangan nak takut buat mase ni.
korang masih sedang membaca blog GoBlog.
ini bukan blog Pharmacist-To-Be, bukan blog Dengar Ini Cerita, bukan blog Coretan Insani dan sebagainya~

berwajah baru?
yeahhh! tepat sekali.
dah jarang update blog ni kan.
so,nak buat sedikit pembaharuan di blog ini.
lawa?
biase lah tu. lawa edit, lawa lah hasilnye.
*macam kene interview plak rasenya.haha

kalau korang perasan,

  • background dah lain.
  • tulisan GoBlog n description tu dah tukar sikit.
  • favicon tu dah makin lawa. bukan B putih lagi.
  • layout pun dah berubah sikit.
so, anda semua bila lagi?
tapi, bagi aku takdelah style sangat. 
sebab aku teringin buat yang ade page lain bagai.
pastu, header yang gempak gile bagai. 
contohnya macam blog lisa arissa ni :D
siap ade link kat tepi2 tu bagai. yang media tu.
header dye lawa gilak! camne nak buat camtu ea?
hurm,ade sape2 yang boleh tolong x?

so,itu sahaja post kali ini.sekian, assalamualaikum

p/s : harap2 ade respon dari korang semua. :-)

Friday, April 27, 2012

x + 0 = ?

BERAPA? 

yeahhhh!, ape2 pun, assalamualaikum aku ucapkan kepada semua.
okay,kali ni nak align center plak. 
saje je test. nak tengok which one is more better.asyik align left je.

baiklah, bukan itu yang aku ingin ceritakankan.
berbalik kepada tajuk ini, ia merupakan satu persoalan.
semua tahu kan itu adalah soalan.
soalan matematik lagi kalau dah detail kan.

cerita sebenar dye camni,
tadi aku menonton TV. cerita Teksi Tunai.
'cerita' lah sangat.
actually, ini adalah game show.asal nye dr cash cab.
tapi, malaysia buat teksi tunai.yang dihoskan oleh Bob Lokman.
tak kesah lah. bukan itu yang nak dibincangkan.

so,nak dijadikan cerita,
ade lah dua orang minah ni masuk.
pastu,bob terangkan r pasal cara nak main game ni sume.
perghhh,memang memekak r dua orang ni.
menyirap je aku. rasa nak tukar channel pun ade.
lebih2 lagi, astro tengah bg free semua channel tuk 10 hari ni.
tapi,takpe aku teruskan tengok channel ni.
*nak cite kat blog lettew

soalan 1st
"apakah perkataan yang berlawan dengan 'sunyi'?"
pastu sorang ni jawablah, "bising lah kan.hahaha"
Bob pun cakap lah, "haha.memang kena jawapannye dengan korang sekarang ni"
lebih kurang camtu r ayat bob.
aku nak tergelak je time tu. AMEK KAU!

kemudian,ade satu soalan ni.
seperti tajuk entry ini.
x + 0 = ?
ceq habaq kat hangpa semua lah.
punyelah lama diorang berdua nak jawab soalan ni.
ada sorang ni kate, "jap2.biar saye cek kat kalkulator saya."
perghhh! aku bukan nak kate ape r. nanti, nampak na bongkak ha.
cuma,kalau cek kat kalkulator boleh dapat jawapan ke?
hurm,,,mungkinlaaaa
yang sorang lagi,sibuk2 pertikaikan
"x+0? jadi x0 lah kan.yelah. mane boleh huruf tambah nombor. kalau camtu, jadi x0 lah."
argghhhhh,menyampah aku dengar.
seriously.
'x' tu unknown r. satu nombor yang kite taktaw.
pastu,minah yang nak cek pakai kalkulator tu tadi call lah someone.
then,tanya soalan berkenaan.
orang yang dlm tepon tu pun jawablah "x lah"
tapi kan, aku rase kan, nada dye mesti macam ni,
"x lah. kan?"camne nak cakap ea? alaaa,korang mesti leh bayangkan nye kan?
konpem2 r orng yg kene call tu macam pelik sikit je dengan soalan tu.
hurm,,,

tu jelah aku nak cerita kali ini. 
annoying dowh.haha.memekak je dlm teksi tu.
rileks2 dah r. 
oleh itu,aku mengingatkan diri aku sendiri dengan post ni agar tidak melakukan sesuatu yang boleh buat orang menyampah.insyaAllah
okay, harap2 aku dpt naik teksi tunai tu.haha.
kalau ade lagi lah. sape je yang taknak duit free.
nak2 dapat soalan macam tajuk ni.perghhh,free2 je dpt duit.
hopefully~

Monday, April 16, 2012

Felda Global Group Scholarship Award 2012

assalamualaikum semua.
okay,post ni just nak share something je kat korang.
lebih2 lagi yang dapat tawaran biasiswa ni.

okay,aku dapat tahu tawaran ini pada hari khamis yang lalu.
orang tu kol aku.
time tu plak aku tengah tengok wayang ngan member2 aku iaitu amal, zainul, smiley, ary, adib, ishraf, syahamir dan don adib.
memang aku tak angkat r kan.HAHA.
pastu,habis je tengok wayang,aku kol lah orng tu balik.
borak borak borak, dye kate aku dapat tawaran Biasiswa Felda.Alhamdulillah.
pastu dye tanye r ade cek email tak?
rupe2nye dye dah bagitahu hari selasa lagi.
so, korang slalu2 lah cek email korang.jangan jadi macam aku.

pada hari kejadian.iaitu hari ini, aku follow bapak aku pergi kerja dulu.
so baju pun tshirt jelah.
dalam kol 11 lebih tu, barulah gerak kay yelll(KL)
bertempat di The Zon Hotel, Jalan Ampang.
sambil menunggu ayah aku habis kerja jap, aku mesej lah member2 aku.
tanye lah macam2. mesej adib,amal, x balas. tidur lettew.haha
meseh lah amirul.tanye dye okay ke tak.sebab dye pon ade interview felda pada hari yang sama.
mesej gak liyana anati.tanye pasal felda semua. tanye peneroka dalam bahasa inggeris ape.haha
maklumlah,BI tak pandai sangat.
sampai sahaja di sana, dengan tak 'tuck in' sume, serabai r senang cite.
pergilah cari tandas. nak tukar baju semua.
zup zap zup zap, tengok cermin kat tandas tu,
perghhhh, wa cakap sama lu.
bukan main hensem lagi.haha


ok, masa interview ini berlangsung pula ada 2, iaitu pada sesi pagi seawal 8.30 pagi.. dan pada sesi petang pula pada pukul 1.45, kalau tak silap aku r..
so, apa yang korang dapat bayangkan..?
hee, memang kena compete and kena excel! :)
so, just ignore others and make sure you do the best because all that had been shortlisted by felda are the best among the best, just trust yourself.. :D
anda patut berbangga dengan diri anda kerana anda telah layak untuk menjalani temuduga ini..
okeyh, for your information, sekiranya anda berjaya dalam sesi ujian dan temuduga ini,
anda perlu meneruskan perjuangan lagi (interview lagi) pada sesi akan datang..
baik, nanti aku akan ceritakan lagi apa yang aku tahu pasal interviewnye ye..

1.45 PM - start pendaftaran..
sign di kertas yang disediakan dan diberi nametag dan angka giliran..
angka giliran aku time tu ialah 8
then, breakfast..
you know what, mereka sediakan sarapan secara eksklusif untuk kami..
first time pergi interview dapat makan-makan macam tu.. *suka! :)

2.30 PM - ujian bermula..
ok, ujian ada 2 iaitu, verbal critical reasoning (VCR) and numerical critical reasoning (NCR)..
masa yang diperuntukkan untuk menyiapakan VCR dan NCR ialah 20 minit dan 35 minit respectively..
k, jangan risau, kalau ada rezeki, anda akan diberikan tambahan 5 minit untuk test tu..
tapi, walau-apa-pun, just try to finish the test ok.. :)
okay, detail sikit.
yang VCR ni kan, soalan dye, tough gile r.
dye macam petronas nye pattern soalan kot kalau xsilap. 
dye bagi petikan, pastu ade 4 soalan setiap satu petikan
ade 35 soalan. korang kene jawab dalam mase 20 minit kalau silap.
ade orang kate,lebih kurang soalan EST.xtaw plak aku soalan EST macam tu.huhu
actually, kene kuat pemahaman tuk soalan ni.jawabnya mudah,nak faham laa susah.
berbelit gila soalan dia.

kemudian, NCR plak.
yang ni memang pasal mathematics r.
main nombor.
bende ni lebih kepada statistik. memang payah r. 
ade 48 soalan dan kene jawab dalam mase 30 minit.
kejamkan? haha. boleh tahan r soalan dye.
kalau korang tak dapat jawab sangat, hentam je. biar ade dari takde.kan?

4.30 PM - interview bermula..
interview ni korang takyah risau lah. gelak2 je.
haha huhu hihi.
sikit2 dah r. buat macam berbual je.
sebab interviewer tu memang sporting r.
aku grup kedua.memang awal lah. no 8 kan.
nak buat camne.
grup aku ni terok sikit. masok2, terus duduk je.haha
aku pun lupe.tngk orang duduk,aku pun terduduk sekali. haishhh.
mengulang peristiwa mock plak.haha
then, dye suruh  perkenalkan diri sikit yo.
nama, sekolah, high achievement.
tu jelah.
dlm grup aku,aku sorang je SBP. market x?haha.
tapi macam tak melambangkan sbp je.
dak2 ni speaking macam apo tah ha.haha.
untunglah~ kan?
lepas perkenal diri, korang diarahkan untuk duduk di satu meja bulat untuk memilih satu daripada 5 topik untuk dibincangkan dan dibentangkan.
grup aku pun pilih topik, "math and science in english language. does it improve our english language?"
camtu r lebih kurang soalan dye.
bincang r dalam 20 minit. pastu bentang dalam 20 minit gak.
pastu,ade amoi ni,pegang2 plak aku. hesh! terkedu dibuatnye. haha.
pastu,siap ade whiteboard lagi.korang kene tulis pe bende yang korang nak bentangkan.
macam bese r kan? korang semua tahu kan?
habis je conclude, dah r.duduk balik. any question dye tanye nanti.
pastu balik. camtu yo.haha.

apa-apa-pun, aku bersyukur sebab segalanya berjalan lancar..
memang kalau nak diikutkan, aku rasa macam kecik je bila berkumpul dengan orang-orang hebat..
dah lah xstret a.aku rase aku sorang je xstret a kat situ.sebab,dye ade kate awal2,tahniah lah semua sebab dapat stret a.
tapi, sebenarnya, aku sendiri perlu menerima hakikat yang Allah dah tunjukkan yang aku memang berpotensi, terima kasih TUHAN..
insha-Allah, ALLAH will always give the best!
apa yang aku mampu lakukan, hanyalah berdoa..
semoga Allah sentiasa menetapkan segala yang terbaik dan apa yang termampu bagi aku..

"..dan apabila hamba-hambaKU bertanya kepadamu tentang AKU, maka jawablah, bhawasanya AKU adalah dekat.. AKU mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKU, maka hendaklah mereka itu beriman kepadaKU, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.."

okay,sekadar perkongsian untuk junior-junior dan rakan-rakan yang dapat interview Felda
semoga Allah permudahkan kalian dan sentiasalah yakin kepadanya..

seimbas kenangan,indah di hati =)

p/s : doa2kan lah kejayaan aku. semoga kite bersama mendapat rezeki-Nya. dan tak lupa juga kepada semua orang yang wish alldabest ke, support ape2 ke.thanks banyak2.

Friday, March 30, 2012

Disiplin

assalamualaikum semua!
memang lame gile aku tak update blog aku ni. 
taktaw lah kenape.
member2 semua dah bising dah suruh update.
so,aku update blog kali ini sebagai request dari akmal azidzul (aku pakai nama betul kau tau! kau?)

haha.weh, kalau korang nak taw sesuatu,
dia simpan duit dari dia kecikkkkkkkk...sebab tu dia boleh beli cincin yang mahal tuu
haha.aku ketagih gila ayat ni. best weh!haha

okay,kali ni aku nak cerita sikit pasal disiplin.
aritu,aku ade follow ayah aku pergi kerja.
perghhh! jadi buruh beb.
osah ea tu.penat gila.
ko bayangkan simen yg tinggi lebih kurang 3-4 inci.ko kene gerudi.
sebab nak letak tail baru.
arghhh! korang tak buleh bayangkan r.kalau korang bayangkan pun, mesti nampak senang je.
tuhan saja tahu.

actually,aku kene follow bapak aku pergi kerja kat UPNM!
wooooo! market seyh. dah macam bapak ash catasthopehbendetah.
haha. 
kat situ lah aku kerje buruh tu.
okay,back to tajuk.
disiplin kan?
*kau yang tulis,kau yang tak tahu

okay,sambil2 aku kerja tu,
aku tengok2 lah mahasisawa mahasiswi UPNM tu.
perghhh! wa cakap sama lu.
terbaik r disiplin. 
baju kemas je.
kasut berkilat.
tough pun tough.
petang2 semua keluar g main.
wajib kot main petang2 kat sane. 
siap kene berkumpul dulu semua orang kat padang. 
otw pergi padang pun jalan sama2.
memang unite lah!
terbaek.ni cap ea! 

yang paling aku suka disiplin diorang,
bila time nak pergi kelas.
lebih2 lagi apabila jalan beramai2.
dah macam kawad aku tengok.
jalan berdua-dua kalau sikit.
kalau ramai2, jalan bertiga-tiga.
pastu,memanjang r ke belakang.
langkah sama. goyangan tangan pun sama.
tu aku cakap tu.dah macam kawad dah.
rase teringin plak aku nak masuk sane.
merket sikit.haha

habis je kerja, otw nak balik rumah,
ayah aku pun tanye, 
"taknak masuk sini?"
aku pun taktaw nak jawab ape. 
"entah r. jadi askar r nanti"
tu jelah kata2 yang terlintas di bibir aku.

terbaek r disiplin diorang.
harap2 aku akan jadi begitu walaupun tak masuk situ nanti. :D
okay,itu sahaja post aku kali ni.
doakan disiplin aku tiptop. like
kalau pandai mane pun kita, tapi disiplin takde, sampah gak.
apeape pun ingatlah " dia simpan duit dari dia kecikkkkkkkk...sebab tu dia boleh beli cincin yang mahal tuu "
sekian,assalamualaikum

Sunday, March 4, 2012

3 soalan 1 jawapan

assalamualaikum readers!
okay! sudah lama aku tidak update blog ni.
tak tahu lah kenape.
mungkin busy kot.
*tapi dok umah je.keje pun baru je lagi.
hurm,mungkin malas lah.
sebab blog ni bukannye subjek di sekolah.
kalau subjek di sekolah mungkinlah aku akan update blog ni setiap mase!
*aca-aca rajin plak kan.haha

okay! hari ni aku nak jadi ustaz sebentar.
boleh kan?
maklumlah saye ni sekolah agama.
tapi sekarang ni tak tahu lah apa dah jadi kat sekolah tu.
lama tak pergi.
mesti lagi gempak kan?
insyaAllah~

berbalik kepada tajuk di atas.
3 soalan 1 jawapan
mungkin anda semua pernah dengar pasal ni.
i just want to remind of us.
kalau yang tidak pernah dengar, bacelah di bawah ni.
sangat menarik!

         

menarik kan?
simple je jawapan ustaz ni.
kepada sesiapa yang tidak faham, anda boleh tanya saya.
saya akan buatkan anda lebih faham! haha
sekian~

Saturday, February 18, 2012

wayang

wayang?
ape itu wayang?
bila di'google' kan perkataan wayang itu,
korang tahu apa yang muncul?
gambar ini yang muncul


gambar ni la

ish ish ish.
lain pulak yang jumpa.
memang lah ini wayang.
tapi wayang kulit namo ea
*dah mulo dah den nak koba dalam bahaso nogoghi sombilan.
tak faham?
takpolah.
eh,tak ape lah.
biar aku cakap dalam bahasa KL je.
*tangan di dada mata ke atas
bajet bagus je KL

okay! tajuk sudah lari.
mari kita kejar balik sama2
amboi! dah 50 meter dye lari.
cepat cepat cepat
*teringat plak zaman persekolahan time bersukan.amboi! terasa macam atlet lah pulak.haha
moh kita lari tangkap dia

akhirnya,sudah tangkap itu tajuk.
wayang rupanya ye tajuk dia
bila sebut sahaja pasal wayang,
semua akan pikir cinema.
yang menayangkan filem2 yang baru keluar.
biasanya, kita akan menonton wayang bersama-sama rakan kita, family kita.
betul tak?
*betul betul betul (upin ipin)
tetapi,ada juga yang berprinsip untuk tidak masuk ke panggung langsung.
katanya maksiat bagai.
betullah.
aku pun setuju pandangan cendekiawan seperti mereka ni.
tetapi bukan semua yang bersikap begitu.
masing2 yang patut jaga kan.
hurm,entahlah.
bak kata @yanasamsudin,
eh,ingat kat Twitter tadi.sorry.HAHA
"pandai-pandai lah lu hidup sendiri"

baiklah,nak dipendekkan cerita,
dah abis dah entri kali ni.
okay,kita panjangkan sikit.
HAHA
sebenarnya, aku nak bagitau korang yang tahun ni dah banyak filem aku tengok kat panggung wayang
korang cakap je cerita ape.
konpem jawapan dia, aku dah tengok
banyak dowh filem aku dah tengok.
banyak dowh
*tak puas hati nak bagitau korang.
banyak sangat.haha

biar aku list kan ea.

  • Suatu Malam Kubur Berasap
  • Sumpahan Kum Kum
  • Bujang Telajak
  • Hantu Dalam Botol Kicap
  • Man On A Ledge
banyak tak?
kalau 1 filem dah RM10,
5 filem maun RM50
mak datuk ea.
osah membazir kan
tapi,untuk pengetahuan semua,
takde aku nak bayar RM50 de
actually,ada yang aku tengok free.
dua ke tiga filem tah.
ada pulak bayar dengan harga senior.
amboi!tak dapat free time tu,murah sikit pun jadilah
HAHA

untungkan?
jeles ke?
biasalah tu.normal bagi manusia yang ada sikap cemburu.
aku pun tak kesah kalau kau nak cakap apa.
bak kata facebooker zaman sekarang,
#sukahatikoranglanakcakappapepun
HAHA
so,adelah bawah RM20 aku tengok filem ni semua.
nak tengok kat Astro First,lambat pulak keluar.
mahal lagi tuh.

lepas ni nak tengok Adnan Sempit 2 plak.
awek kite berlakon.
tengok taw tengok taw
WAWA nama dia dalam filem tu nanti.
pastu,nak tengok Ghost Rider 2,
Cinta Kura-KuraJangan Pandang-Pandang, 8 Jam.
banyak lagi lah.
terasa dunia ini ana yang punya.haha

tu jelah.bukan nak berlagak sombong taw.
maklumlah ada rezeki dapat tengok free kan.
orang tua pun penah berkata,
"rezeki jangan ditolak,maut jangan dicari"
so,pandai2 lah lu hidup sendiri.
okay,itu sahaja entri kali ini.
kalau ada umur yang panjang,akan ku update lagi blog ini.
Assalamualaikum...

Friday, February 10, 2012

yana samsudin kecik hati?

okay! seperti yang dijanjikan sebelum ini,
aku ada mengatakan bahawa aku akan update blog ni ASAP.
betul tak?
betul atau tidak?
eh,diam plak,kang ni makan dye.
*okay3.betul betul

baiklah.
kali ni aku nak story pasal bende sedih.
tapi,korang akan berasa best jugak bace.
walaupun cite sedih.
kalau korang nak simpati kat aku, simpati jelah ea.

nak dijadikan cerita,
aku sekarang ni tengah bergiat aktif dalam laman sosial twitter
*wah!macam bergiat aktif dalam koko plak.
semua artis yang aku minat aku layan.
dan insyaAllah diorang layan aku balik

pada tengah malam 9 feb 2012(tuk sesape yang lambat baca benda ni)
ataupun
tadi(bagi sesape yang baca lepas aku post benda ni)
aku bertweet2 dengan sorang artis ni.
aku akui yang dia ni lawa.
name dia Shila Amzah
aku puas lah mention nama dia agar dia retweet
tapi,orang lain yg retweet.
hadoyy!

dah tu,aku test plak artis lain.
sebab macam tak dilayan je tadi.
sodeh ea tu :'(
*wah! member dengan artis je skank ni.

tunggu punya tunggu,
nampak lah Yana Samsudin tngh aktif.
kite tweet lah camni kan,
"kak @YanaSamsudin tngh aktif lah.harap2 dye follow n RT kite :)"
sebijik aku tweet cam gini

lepas beberapa second, dye FOLLOW aku balik.
pergh!!!
itu yang tak menahan tu.
syok gile time tu.
*aku harap korang tak jealous k.
kemudian,aku tweet r yang ni pulak.happy punye pasal kan.
"yeah! kak  follow kitelah. untung jd tq kak.tq so much"

kejap lagi,dia RT kita punya tweet ni.
nak taw dye kate ape?
tengok gambar ni


tengok ni!

nampak tak tu?
dia tanye kite,
dia kate kite minat shila amzah.bukan dia.
kite balas lah kan.
kite kate lah yang kita minat dua2.
"shila amzah is singer and yana samsudin is actor.a good actor"
*tengah nak amik hati balik lah time ni :)
pastu takda apa2 respon.sebab die dah cuci kaki,bace doa and pergi tidor.
actually, kalau korang nak tau,
dia tengah penat.baru habis menembak petang tadi.
korang ape tau.

aku pun,bersedih jelah malam ni.
ye lah.mana tak nya.
yana samsudin macam kecik hati je ngan aku.
rase nak menangis plak skank ni.
UWAAAAA :'''''''''''''''''''''''''(

aku rasa,ini semua silap langkah aku.
aku nya bio aku tertulis yang macam dalam gambar ni.
dalam box merah tu.


silap silap

so,bile yana bace,tu yang dia cakap camtu kot.
takpun, dia saje nak menyakat aku.
okay! kite think positive
mungkin dia nak bermanja-2 dengan aku kot.
yeah! that's the best conclusion.
skank,hatiku tidak resah gelisah lagi. dah OK dah.
sayang YANA SAMSUDIN!
hope,dia tak marah kat aku

skank ni, aku dah tukar dah bio aku kat twitter tu.
aku just tulis,
"nama diberi,najib. suka tweet2 dengan artis2 malaysia :)"
hope takde yang tersinggung lagi

Wednesday, February 8, 2012

lama tak update

assalamualaikum!
pergh! biaq betol.
aku tengok post aku yang sebelum ni,
korang tau tak ape yang aku nampak?
tau tak?
*tak tahu!
tulah korang. tak pernah nak ambil berat terhadap aku.
sedih siot.ni yang rase nak nangis ni.
:'( sapelah yang boleh pujuk
*mengado-ngado lak ai! po bondo sobona ea?
actually,post aku yang sebelum ni bertarikh 19 JAN 2012
tu je.muahahaha

lame betol aku tak update blog ni.
dah dua bulan dah ni.
maun sebulan gamaknye.
aku tengok member-2 aku,sume dah banyak dah post diorang.
aku nak bace pun tak larat.
kepada kawan-2 ku,kalau aku tak sempat bace blog korang,
i'm so sorry.
korang dah semakin active aku tengok
adakah dorongan daripada aku? muahaha
amoy kakyong, seyra sopan, rasa minda uzairash si mulia
name pun sedap-2 je.
ade yang otai,ade yang sopan,ade yang main minda, ade yang mulia tu takleh blah tu.
HAHA

tapi ade satu kawan aku ni.
bajet je dia
dia mention name aku.tapi,kutuk sikit r kan. hadoyy
aishah namo ea
tapi,dye tulis si humaira
agak ea,dia tak faham maksud 'humaira' kot
takpelah.biarlah dye.
asal dia bahagia sudah.

okay,kali ni takyah nak citer pape r kan.
sikit ni je dah r.
lain hari,aku update lagi. ASAP
okay?
*okay my dear
eh,thank u Shila Amzah 4 support me.
sayang awak sangat-2
okaylah,tu je.
hati pun dah senang dah ni
Shila Shila,u make my day again
*blushing
okay,assalamualaikum

Thursday, January 19, 2012

shila amzah make my day

WOOOHOOOO!

actually,hari ni aku happy gila. HAPPY GILA!!! nak taw sebab ape? semenjak dua menjak ni,aku selalu online TWITTER. ini semua disebabkan dorongan uzair faiz. ade satu malam tu,dye update status kat FB via twitter. dia boleh tanye aku, "style x update status via twitter? macam artis tak?haha". camtu lah,dia kata kat aku. aku pun cakap lah yang bende tu biasa je. sebab dah banyak kali aku tengok orang buat macam tu. pastu,aku pun nak try gak. haha. ikut jugak kan. cakap tadi biase je. suka ati aku lah hai.

aku sememangnya dah ade twitter ni lame dah.cuma tak bukak selalu je. sebab member2 aku ni semua noob sikit.tahu pakai fb je.haha. *sorry guys. 

cerita sebenarnya,ape yang aku happy sangat sebab...sebab...
segan pulak nak bagitahu.haha
...sebab SHILA AMZAH follow aku dan tweet name aku. name aku dia 'mentioned'kan weh.kau ade? haha. aku suka gila.dia dah lah lawa. suara sedap plak tu. aku minat gilak dekat dia. hari ni,aku asyik layan video2 dia je kat youtube. perghh, lunaknya suara die.
C O M E L  S A N G A T. untuk pengetahuan korang semua,sambil aku update blog ni,aku mendengar lagu SHILA.patah seribu hatiku,bila mengenangkan segala yang kita bina bersama,haruskah ku lupa,karena engkau telah pergi~
aku takkan lupa SHILA AMZAH dan aku masih tak pergi lagi! <3 you
thanks for make my day SHILA AMZAH


pergh! dia luv aku lah

so,kepada yang diluar sana,jangan jeles okay?

Wednesday, January 18, 2012

ujian komputer

pada pagi 13/1/2012 yang hening,
aku bangun awal untuk solat subuh.
selepas solat,aku terus mencapai tuala aku untuk mandi.
aku mandi di bilik air yang terdapat di rumah aku
*tak kan kat rumah jiran kau plak
setelah mandi,
aku pergi ke bilik aku untuk bersiap.
aku pun menyarung baju dan seluar jeans aku.

WOI! stret tu de point BOLEH TAK?

okay!korang dah start marah ea?
HAHA
pagi tu aku rase,aku lah orang paling hensem kat dunia ni.
sebenarnya,pagi2 aku dah bersiap bagai sebab aku nak pergi ke pajam.
untuk ape? 
urm, EKCELI (bak kata enoy),
aku ade ujian komputer tuk lesen L pada pagi tu.
"apsal lambat sangat?"
itulah yang dipersoalkan oleh rakan-rakan ku yang lain.
memang sengaja aku melewatkannya sebab aku malas nak ambil awal awal
okay! walaupun itu cuma alasan,kite teruskan sahaja bercerita.

nak dijadikan cerita, pagi tu aku tunggu lah koster yang akan menjemput aku untuk pergi ke pajam.
selalu nye driver tu akan mesej aku malam sebelum die amik.
tapi,kali ni aku tak dapat ape ape mesej dari die.
dah pukul 8,masih x muncul2 lagi die.
lantas,aku call pihak akademi memandu ni.
borak punye borak punye lame,
HAHA
die kate pukul 9 barulah die sampai.
perghh!
siap pukul 7 pagi. kene tunggu sampai pukul 9.
tapi takpe.Allah sentiasa bersama orang yang bersabar.
so,aku tunggu lah sambil menuntun basikal menonton TV dan online FB.
dalam 9.15 barulah die sampai.
aku pun menggelabah sikit sebab takut dye marah plak lambat.
*marah aku tak pikir lak kan



tertinggal plak!

gambar ni!
menggelabah punye pasal,aku dah tertinggal aku punye buku 500 soalan tu.
perghhh.dah cuak dah.nak bace ape ni.
sepanjang perjalanan, hati aku berselawat sahaja.
takut punya pasal.Subhanallah

kemudian,dalam pukul 10 aku bergerak ke salak tinggi pulak
sebab ujian akan ambil di sana.
tak caye?


kalau tak caye,ni bukti nye

sesampai je sana,bukan main ramai lagi orang.
nak kene tunggu pulak.dari tadi asyik tunggu je.
HAISHH
so,aku kenelah daftar dan tangkap gambar bagai.
sementara tunggu tu,tengok lah akak AYSYAH yang jaga tempat daftar tu.
sian aku tengok die. orang dah lah ramai.keje sorang je.
semua benda die kene buat.

tunggu punya tunggu punya tunggu,
jap lagi, die boleh kate, 
"pukul 12.30 kita habis ea. sebab hari ni hari jumaat"
peh! lu bikin hati wa panaassss saja
ye lah,mana tak nya.
memang aku x sempat r.sebab aku dah lah calon yang 2nd last.time tu dah pukul brape dah.
aku dok usha je akak tu.
tak tahulah muke aku camne time tu.
aku rase aku buat muka biase je.
kadang2 dia terpandang aku.
bila dia pandang aku,aku alihkan pandangan ku.
wah! macam dilamun cinta pulak.HAHA

kemudian,sementara tunggu tu.aku dok perhatikan je budak2 lain
semua bace buku der.
aku sorang je yg tak bace buku time tu.
kalau aku tak silap lah.
perghh,perasaan semakin takut.selawat pun makin banyak.
hipotesis -> "semakin bertambah ketakutan kita, semakin bertambah selawat dan zikir kita"
actually,ceq bukan doq risau ape.cume,takut bile tak lepas nanti, orang mengate aku.
"tulah,bajet lagi. tak bace buku konon. kalau konpem lulus takpe"
memang pedas lah kan ayat tu kalau kena kan.
tapi,kalau kena pun,kite nak buat camne.
bak kate rakan seperjuangan aku, "mulut orang memang kita tak boleh tutup.asalkan kita rase yang terbaik.kira OK lah tu" :-)

akhirnya,tibelah masa aku untuk mengambil ujian.
kalau tak silap aku,dah pukul 1 kot time tu.
*eh,kate tadi pukul 12.30 tutup.
tulah pasal.
aku pun tak tahu.banyak kali gak aku bertentangan mata dengan akak tadi tu dari jarak jauh.
mungkin dia nampak muka aku bengis kot.
so,dia menjadi takut
dan bercadang untuk habiskan sahaja calon2 ni.
HAHA. bengis ke muka aku? aku pun tak tahulah.

time nak amik ujian tu,
seram sejuk dibuatnya.
tapi nak buat camne kan.
tenangkan jelah hati tu.
dalam mase 15 minit aku sudah habiskan ujian itu.
sebenarnya kurang 15 minit.saje je dok situ cek cek balik.
last-2 takde penukaran jawapan pun.
dan akhirnya keluar lah result aku.
syukur Alhamdulillah,aku dapat 44/50
yang peliknya, aku banyak salah kat bahagian papan tanda tu dan betul semua di bahagian ketiga tu.
padahal aku pikir bahagian 3 tu yang aku tak skor dan bahagian papan tanda tu yang aku skor.
tapi, rezeki di mana-2 kan.


bukti 15 minit je aku jawab


keputusan aku.hebad dak?

kemudian,dah habis tu dalam pukul 1.30,
aku dan rakyat yang dari pajam tu pun tunggu lah koster datang untuk menjemput kami pulang.
sorang mamat ni kol lah driver tu.
jap lagi dye boleh kate, "lepas sembahyang jumaat,abang amik"
hak elah.ingat kitorang kapir ke kan.
pale otak-otak kempas lah dia.
aku pun cari lah masjid kat situ.
cari cari tak jumpe plak.
tanye member sorang ni,dia kata kat jalan besar sane ha.
jauh gile

hmmm,burn lah solat jumaat aku hari tu.
:'(
tunggu punya tunggu,jam pun menunjukkan 2.15.
giliran aku plak kol.
aku pun tanye lah kat mane sume,
boleh dia kate "owh,okaylah.abang pergi amik sekarang"
kepale dia.
patut ea,dah sampai dah.

tunggu punya tunggu lagi,
jam pun dah menunjukkan pukul 3.00.
barulah dia sampai.
PANAS BEB.
nak taip ni pun dalam keadaan marah.huh
sabar sabar sabar.
buat bertendang najib!

dalam pukul berape tah,barulah sampai rumah.
dan terus amik wudhuk tuk solat zohor.
habis je solat,aku terus tidur kot.
entah lah.lupe pulak.HAHA

so,itu sahaja entri pada kali ini.
esok nak pra L pulak.
doa doa kan aku F O K U S ea mase ceramah tu nanti.
okay,see ya

Monday, January 16, 2012

bace ni bace ni

Assalamualaikum semua and hi to non-Muslim
sebelum tu, tunggu sat
ceq nak bersihkan blog ni sat
ade sawang plak
rasenye baru beberapa hari je tak singgah blog ni.
haish.maklumlah takde orang nak blogwalking kat blog ni kan.
tapi,tak mengapa.
i'll do my best for u
*ai,cakap lebih.bile nak bersihkannya?
okay.sorry guys.
.
.
.
.
Alhamdulillah,bersih jugak blog ni
sorry guys because i'm waste your time just now
maklumlah,blog bersawang.
*berapa kali plak kau nak ulang?
haha.marah ke.okay okay okay
sebenarnya,aku nak cerita pasal something ni.
wait,i forgot lah
.
.
urm,ape ea?
.
.
ape ea yang aku nak cerita kat korang semua.
hadoyai!
time ni plak lupe.
tadi ingat je.
okay,give me two minutes
sementara tu,korang hayatilah gambar ni.
hayati betul-2 tau
aku berharap sangat


this picture

okay! ape yang korang dapat daripada gambar ini?
cube komen sikit kat bawah ni nanti.

berbalik kepada cerita tadi.
sekarang,aku baru ingat apa yang aku nak ceritakan kat korang semua.
sebenarnye,aku tak tahu nak cerite apa pada entri kali ini.
HAHA.
aku tahu mesti korang sakit hati.
betul atau tidak?
cakap je, aku tak kesah.
cakap lah cepat.
hadoyai.
suruh cakap pun susah.
*tak susah sebenarnye.tapi,kalau cakap nanti,kau tak dengar. baik kitorang type je.
amboi! janganlah marah.
ye tak ye kan.
okay okay okay.
aku tahu,kalau korang marah macam mane pun,
korang tetap akan bace entri ni sampai habis kan.
haha.
dan korang akan tersenyum sekarang.

 ape ape pun,komen lah ea kat bawah ni jika korang :
1- dapat ape ape daripada gambar di atas
2- sakit hati sebab terkena
3- bace entri ni sampai habis
4- tersenyum pada saat akhir

sekian~

Saturday, January 7, 2012

opah hang

okay!kali ni aku nak cerita pasal sejarah nama pahang.
tetiba excited pulak pasal pahang ni
;-)


Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

“Hamba cadangkan nama Karma Sari.”
“Hamba pula cadangkan Margapura.”
“Karma Sari lebih molek.”
“Molek lagi Margapura.”
“Pilihlah Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari molek!”
“Molek lagi Margapura!”
“Tengkorak hang!”
“Opah hang!”
“Opah hang!”

“Sudah! Sudah!” Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,”Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.” Demikianlah kisahnya.

Friday, January 6, 2012

facebookis???

HA!
FACEBOOKIS?
*haha
what's that?

ha,aku tau.mesti semua orang tak tahu ape2 pasal bende ni kan?
aku pun tak tahu sebenarnye.
bende ni macam facebook.tapi tak taw lah ape yang bezanya.
aku ade terbace kat blog sape tah tadi.
pastu aku masuk lah.
then,sign up.
saje jelah nak tengok ape yang best.

SATU JAM KEMUDIAN...

hurm,entahlah.
ape kate kite explore same2.
korang sign up lah kat sini ea?
kalau nak add aku, kat sini plak

okay!semoga kita same2 berjaya meng'explore' haram jadah ni

Thursday, January 5, 2012

kelayakan untuk final MASTERCHEF

assalamualaikum semua.
hari ni aku nak bagitau korang semua yang
mood aku...
HAPPY GILAK WOOHOOOO
haha

*ape yang kau happy sangat ni ha?
alaa korang ni.
tak tengok ke semalam.
MASTERCHEF
penentuan kot sape yang masuk final.
seperti yang semua orang tahu kat post aku yang sebelum ni,
aku minat kat sape?
WAHIDAN (shout)
yeah!!! haha
aku hapy gile sebab wahidan ni masuk final.
die dengan ezani je dapat masuk final.

mule-2 baru tau ezani je yang masuk final.
then ade lagi tiga orang iaitu ZAMIR, AMITA dan WAHIDAN
pastu die nak umumkan dah sape lagi sorang.jap lagi iklan pulak.
aduyai.
aku siap text member aku lagi, seyra
"nervous ni nervous ni",
haha.untuk pengetahuan anda semua seyra sangat meminati zamir.
dan aku pula meminati wahidan.
sape tak nervous kan.wahidan ngan zamir plak ade kat situ.
entah sape lah yang pergi final.

iklan pun tamat.tet tet tettttt,tet tet tettttt
*muzik die lepas iklan tu
pastu, diumumkan bahawa peserta yang akan bersama dengan ezani ialah WAHIDAN.
yeah! haha
terus berperang aku dengan  seyra.
then,barulah dapat mesej daripada dia,
"NOOOOO'",
haha.pastu ade lagi dua orang.
aku ingatkan yang masuk final 3 orang.
rupe-rupenya 2 orang sahaja.
patutlah die kate NOOOO' lepas diumumkan tu

malam tu mule lah perang dengan die
banyak gile post-2 kat fesbuk pasal zamir terkeluarlah.wahidan juare lah
wahidan hensem lah,zamir tak reti masak lah...
macam-2 lah.haha
nasib baik lah wahidan tu masuk final.kesian kat zamir.
tapi takpe.
mungkin rezki zamir tu kat tempat lain.
setiap orang ade rezki diorang masing-2
kau jangan risau seyra!
tak effect pun kat kau kalau zamir keluar.
cume hati terluke sikit lah.
tapi,kau kene ingat.
HATI YANG TERLUKA BOLEH DIUBATI.
TETAPI MATI TIADA UBATNYA.

sekian,assalamualaikum

Wednesday, January 4, 2012

sekolah

terase pelik pulak hari ni.
mane tak peliknya.
mase nak pergi lunch kat luar tadi...
pergh!!! wa cakap sama lu.
mahal seyhhh.
makan ape je pun. nasi putih,ikan sembilang ngan kuah je.air teh ais
harge die plak tak kene kot.
kalau aku cakap mesti korang tak percaye punye.
nak aku cakap tak?
*cakap yolah
RM 7.30
*omak kau,mahal ea tu
tahu takpe.masalah ea,den lupo pulak nak tanyo "apo yang mahal ea?".
waduh waduh.terbang melayang duit aku ke mesin cashier tu.



alamak!
keluar tajuk pulak.
sebenarnye,aku terase pelik hari ni sebab ade sesuatu yang berlaku.
time nak duduk makan tu, aku nampak budak baru balik dari sekolah
tu je yang pelik nye.
yelah,lupe pulak aku yang hari ni dah start sekolah.
tapi kan,kenape aku tak pergi sekolah ea?
selalunye aku ni bersemangat nak pergi sekolah
kalau cakap perkataan "rajin" kat sekolah yang aku pernah belajar, orang akan fikir tentang aku.
maklumlah kat sekolah aku lah yang paling rajin.
*tangan di dada mata ke atas

rupa-rupanya aku telah berumur 18 tahun kini.
sekali lagi aku terlupa.
tiada lagi zaman persekolahan dalam hidupku ini.
tiada lagi pakaian ,kasut  dan seluar FALCON yang akan ku pakai.
kini hanya tinggal kenangan.
*brand falcon tu takde gambar pulak.haha.nasib baik warna merah jugak

ape-ape pun, kepada adik-2 junior,
jagelah diri kamu masing-2.
dengar cakap cikgu.
jangan ponteng perhimpunan.
jangan ponteng kelas.
jangan selalu pergi klinik.
dan yang paling penting jangan lupa beribadah kepada Allah.
*semua aku buat je ni.ish3.don't be like me okay

Monday, January 2, 2012

zamir zamir zamir

macam pernah dengar nama ni kan?
*memey r
tapi di mana ya?

hurm,kali ni aku mahu cerita tentang MASTERCHEF


PERSOALANNYA
power sangat ke peserta-2 ni?
pandai ke diorang masak?
sedap sangat ke ape yang diorang masak?
hensem/lawa sangat ke diorang ni?
takde keje lain ke diorang ni?
bla bla bla....
hurm,terlalu banyak persoalannya.
sehingga malas nak taip.

jawapannya aku rase korang sendiri yang tahu.
yelah tengok ape yang diorang masak.
perghhhh... nampak sedap je.
tapi bile 3 chef yang utama tu rase,ade jelah komen diorang.
tak tahulah. sedap ke.tak sedap ke.

tapi,bukan itu yang aku ingin ceritakan.
kali ini aku mahu ceritakan tentang CHEF ZAMIR


bila sebut je name dia ni, orang perempuan mulelah menggatal.
"hensem lah mamat ni",
"dah lah hensem,pandai memasak plak tu",
"kalau dia jadi husband aku kan best"

hadoyy! tak faham aku.
macam-2 puji dia.dah lah perempuan yang puji.
patut ea, perempuan lah yang reti masak.
malu lah sikit kat lelaki woiii!!!
*jangan ambil hati ea.ambil iktibar je

tapi kan,aku lagi minat kat CHEF WAHIDAN


*HAHA
ape gelak-2?
bagi aku, dia ni lagi hensem daripada zamir.
tengok gaye dia ni.hensem tuuu.haha
dah lah hensem,pandai memasak plak tu.
sempoi lagi tu.walaupun seorang pekebun,dia berusaha nak berjaya dalam pertandingan ni.
nasib baik dia mempunyai jantina yang same dengan aku
takdelah aku nak kata "kalau dia jadi wife aku kan best"
*tangan di dada,mata ke atas

haha.itu saje entri kali ni.
aku harap dia menjuarai pertandingan ni.
:-)

Sunday, January 1, 2012

Happy New Year 2012

WAH! excited plak nak update blog ni.
dah 2012 seyh
makin hari makin pantas masa berlalu
yelah mane tak nye
kalau tak silap aku baru semalam je tahun 2011
tahu-2 bangun je dari tidur dah tahun 2012
*ceh,tipu tu.padahal tidur lambat semalam

yang peliknya,aku terlupa yang umur aku dah cecah LAPANBELAS
dah pukul dua lebih baru aku perasan.
siap update kat status facebook lagi
"wah! aku dah 18? HAHA dah dua jam lebih baru perasan. aku 18. WOOHOOOO"
amboi!kemain excited lagi.
yelah.aku kini bukan budak sekolah lagi.yiihaaa!
*kau akan merinduinya nanti.
sobb sobb
zaman sekolah lah yang paling best sebenarnya.
tapi,tak ramai yang perasan itu adalah zaman yang paling best ketika masih bersekolah.
majoriti akan peraan apabila sudah keluar sekolah.
*taching lah taching lah

okay,berbalik kepada tajuk.
di sini aku mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua orang yang sedang membaca blog aku yang tak seberapa ni.
wish u all da best in u're life
semoga dapat mencapai azam tahun baru yang mungkin tak tercapai-capai.
nekadlah dengan usaha yang gigih.barulah tercapai.
semoga menjadi anak yang baik.
bak kata ustazah aku, "anak yang baik ialah anak yang mendengar kata"
di sini aku mengingatkan diri aku dan semua orang agar dengarlah cakap sesiapa pun sekiranya ia adalah baik untuk kita.
tetapi, jangan sesekali mendengar BISIKAN SYAITON.

hangpa tengok gambaq ni


gambaq ini diambil pada enam petang 31/12/2011
tetapi pada pukul 12 pagi tadi, hanya perkataan 2012 sahaja yang tinggal.
jangan biarkan AIR yang memusnahkan masa hadapan kita.
*banyak benda boleh ditukarkan dengan "AIR".fikir fikir kan lah
nauzubillah min zaalik~
ayuh kita mulakan hidup kita dengan perkara-2 yang lebih baik daripada sebelum ini.